Menerusi Facebook HRH Crown Prince of Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi amaran kepada pihak kerajaan berhubung isu kerjasama dengan Hutchison Port Holdings Limited, Hong Kong. Dimaklumkan, usahasama itu adalah bagi projek ‘The Development of World’s Largest Ship-To-Ship Hub In Johor Bahru Port Waters’.
Menurut baginda, pihak kerajaan seolah-olah menyembunyikan perkara tersebut dari kerajaan Johor kerana tidak diberi sebarang makluman mengenai kerjasama itu.
Disembunyikan dari pengetahuan umum
Kroni Putrajaya ‘bulldoze’ bidang kuasa kerajaan negeri Johor
Menurut sumber yang dipercayai, pada 2 April 2019 (Selasa depan) bakal berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Pelaburan Antarabangsa di antara KA Petra Sdn Bhd dengan Hutchison Port Holdings Limited, Hong Kong.
Perjanjian usahasama ini adalah bagi tujuan ‘The Development of World’s Largest Ship-To-Ship Hub In Johor Bahru Port Waters’. Walaubagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, pihak kerajaan negeri Johor tidak langsung dirundingi berkenaan usahasama di atas menimbulkan persoalan seolah-olah ia cuba disembunyikan dari pengetahuan umum.
Melibatkan kroni pemimpin di Putrajaya
Hasil siasatan pihak kami mendapati usahasama ini mendapat layanan istimewa dari pihak persekutuan kerana ia dipercayai melibatkan kroni pemimpin tertentu di Putrajaya. Perkara ini kini menjadi berita panas di Johor kerana kad undangan majlis berkenaan yang diedarkan kepada tetamu turut menyebut kehadiran ‘Guests of Honour’ dari Putrajaya iaitu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Saifudin Nasution Ismail.
Tindakan terbaru dari Putrajaya ini adalah serangan terhadap ekonomi negeri kerana ia seolah-olah memutuskan rezeki pihak yang berniaga di situ selama ini semata-mata mahu menguntungkan pihak kroni mereka.
Jangan bermain api mencabar bidang kuasa kerajaan
Jelas sekali, pihak Putrajaya cuba bermain api mencabar bidang kuasa kerajaan negeri kerana berdasarkan Perjanjian Persekutuan (Federation Agreement), perkara berkaitan tanah dan air adalah temaktub dalam bidang kuasa dan hak kerajaan negeri. Harus diingat bahawa walaupun Putrajaya boleh meluluskan lesen untuk usahasama berkenaan, ia tetap memerlukan persetujuan pihak berkuasa negeri.
Sekiranya pihak Putrajaya masih terus melanggar kedaulatan negeri Johor, ia seolah-olah mencabar rakyat negeri membawa Johor keluar dari persekutuan Malaysia. Kepada pihak di Putrajaya, jangan sekali-kali mencabar kesabaran kami di Johor, kerana sabar kami ada batasnya.
Ends.
Sumber : HRH Crown Prince of Johor via ohbulan.com
Sumber Dakwa Diketepikan, TMJ Beri Amaran Serius Kepada Kerajaan Malaysia
Tags:
mazeer