Pencemaran toksid : Hanya kerana tertinggal Mykid, bayi setahun ini ditidak dibenarkan mendapat rawatan



16 Mac - Seorang ibu membawa bayinya berusia setahun untuk dirawat selepas menjadi mangsa pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini kecewa apabila tidak dibenarkan mendapat rawatan hanya kerana terlupa membawa Mykid.

Ibu kepada empat anak yang dua daripadanya baru sahaja dibenarkan pulang oleh pihak hospital selepas ditahan beberapa hari berikutan menjadi mangsa pencemaran toksik kecewa dan tidak menyangka perkara itu akan berlaku.



Saloma Hassan, 39, yang datang bersama-sama empat anaknya termasuk mendukung bayinya dihalang seorang petugas wanita di kaunter pendaftaran pintu masuk ke pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).



Dia yang merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta berkata, sepatutnya pihak pengurusan di pusat rawatan itu membenarkannya masuk kerana bayinya sudah tidak bermaya.

"Saya ni dahla bawa anak ramai lepas itu letak kereta pula jauh, boleh pula dia (petugas) layan saya macam itu. Dia (petugas) itu kata saya tak boleh bawa masuk bayi saya itu sebab tidak ada Mykid. Saya hanya tertinggal Mykid anak saya, takkanlah sampai anak saya nak dapatkan rawatan pun tidak boleh.

"Sepatutnya dia benarkan anak saya dirawat kerana ini melibatkan nyawa," ujarnya meluahkan perasaan ketika ditemui pemberita di stadium berkenaan sebentar tadi.

- UTUSAN ONLINE

Sumber Pencemaran toksid : Hanya kerana tertinggal Mykid, bayi setahun ini ditidak dibenarkan mendapat rawatan

Post a Comment

Previous Post Next Post