Reaksi ibu Sajat pasal keadaan terkini anak kesayangannya...



Usahawan sensasi Nur Sajat yang baru-baru ini dimasukkan ke wad atas masalah kesihatan sudah pun dibenarkan pulang.

Menerusi Instagram, penyanyi Makhluk Penggoda itu ada berkongsi sepotong video berkenaan keadaan terkininya, beberapa jam lalu.

Terbaring di atas katil, Sajat turut ditemani anak-anak dan ibunya.

“Sudah okay sikit. Cuma kena rehat,” kata ibunya menerusi video tersebut.

Ketika ditanya pengurus apakah yang menyebabkan keadaan usahawan sedemikian, ibunya menjawab;

“Kita berubat saja…biasalah. Tak nak tuduh siapa-siapa,” katanya lagi.

Sumber : mediahiburan.my


Siapa Nur Sajat?
Nur Sajat adalah seorang pon-dan menjadi popular di kalangan netizen satu ketika dahulu apabila beliau mengambil keputusan untuk memakai tudung selepas mengalami kemalangan jalan raya.

Takdir Allah menentukan.. Menerusi laman Instagram miliknya, Nur Sajat mendedahkan yang dirinya dilahirkan sebagai seorang khunsa dengan mempunyai dengan dua jantina. Beliau dibesarkan dengan gaya hidup seorang lelaki, tetapi malangnya beliau lebih gemar melakukan kerja-kerja seorang perempuan.

Nur Sajat menjelaskan situasi menjadi lebih buruk apabila beliau mula takut untuk ke sekolah dan rasa malu untuk ke tandas kerana tidak mahu orang lain tahu akan dirinya.

Namun semua itu tidak menghalang beliau untuk berjaya dalam hidup. Berbekalkan semangat dan kecekalan, beliau berjaya sebagai usahawan dalam bidang kecantikan. Apa yang baik kita ambil sebagai teladan. Biar bagaimanapun penampilan beliau siapa kita untuk menilainya. Siapa kita untuk menghukumnya. Semoga hidayah Allah milik beliau.

Biodata Nur Sajat
Nama Penuh: Nur Sajat Fariz
Nama Panggilan: Nur Sajat
Tarikh Lahir: 1985
Umur: 31 Tahun (2016)


Asal: Perak
Jantina: Lelaki (Dilahirkan khunsa)
Status: Bujang
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Tinggi: 173cm
Kerjaya: Usahawan dan Model
Nama Perniagaan: Nur Sajat Beautician (Beauty and SPA), Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd
Anak: 2 Orang Anak Angkat (Nur Syaza Sajidah dan Muhammad Syahmi)

sumber : azhan.co

Sumber Reaksi ibu Sajat pasal keadaan terkini anak kesayangannya...

Post a Comment

Previous Post Next Post