Wanita yang tidak pakai mekap sebenarnya lebih disukai lelaki?



Mungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa mekap. Namun begitu tidak ramai yang tahu apa sebab di sebaliknya. Di sini kami bongkar rahsia lelaki mengapa mereka sebenarnya suka wanita yang tidak bersolek.

1. Suka Wanita Yang Yakin

Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang se-ksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Sekiranya anda berani keluar dengannya tanpa secalit pun mekap di wajah, jelas kelihatan kese-ksian anda kerana keyakinan anda itu.



2. Tidak Suka Wanita Obses

Lelaki sukakan wanita yang canti tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, anda sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga menganggapnya sebagai ‘tuhan’ dan tidak boleh hidup tanpanya.

3. Suka Melihat Anda Ketika Bangun Tidur

Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.

4. Lelaki Tidak Suka Menunggu



Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.

5. Cantik Luaran Tidak Penting

Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.

Ciri-Ciri Wanita Pilihan Lelaki Zaman Kini

Sememangnya semua lelaki sukakan wanita yang punya bentuk tubuh yang langsing serta wajah yang cantik menawan. Tetapi sebenarnya ada lagi ciri-ciri penting di mata lelaki kala memilih seseorang wanita yang boleh menjadi teman setianya sampai bila-bila. Wajah yang cantik tidak menjamin si jejaka kesukaan anda boleh kekal bersama anda selamanya. Berikut adalah ciri-ciri wanita yang lelaki tidak akan tinggalkan.

1. Boleh tampil cantik

Walaupun anda sudah cukup mengenalinya terlalu lama, sebaiknya biarlah menjaga penampilan anda di hadapannya agar sentiasa tampak cantik. Dan ini juga bermakna yang anda perlu menjaga kebersihan dan kecantikan diri setiap hari.

2. Wanita yang tahu menghargai diri sendiri

Boleh kata setiap lelaki mahukan pasangan hidupnya tahu dalam menghargai dirinya dan dari situ mereka akan ada keinginan untuk mengetahui bagaimana mereka menjaga dan menghargai diri mereka.

3. Wanita yang berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri

Bagi lelaki, wanita yang tahu berdikari serta mempunyai pendapat dan falsafah diri itu lebih matang. Ia menunjukkan yang wanita itu tidak bergantung sepenuhnya pada kehidupan orang lain setiap masa.

4. Wanita yang punya semangat dalam mengejar impian

Pabila seseorang wanita yang sering dianggap lemah tetapi kemudiannya menunjukkan yang diri mereka ada semangat yang kuat untuk kejar apa yang dicita-citakan, jenis wanita sebegini selalunya lelaki pilih untuk dijadikan pasangan sehidup semati.

Sumber Wanita yang tidak pakai mekap sebenarnya lebih disukai lelaki?

Post a Comment

Previous Post Next Post