Satu Isteri Tapi Ada Tiga Suami. Inilah Perkahwinan Poliandri Iaitu Perkahwinan Paling Kontroversi Di Dunia



Islam membenarkan penganutnya mengahwini wanita secara berpoligami tanpa melebihi empat pasangan. Mengapa wanita tidak boleh mengamalkan perkahwinan melebihi seorang suami, sedangkan mereka mempunyai hak dan keadilan yang sama rata dengan lelaki?

Perkahwinan wanita dengan pasangannya melebihi seorang lelaki, secara ringkasnya poliandri tidak mempunyai tempat di dalam ajaran Islam.

Malah poliandri telah menjadi praktis kehidupan masyarakat yang kurang rasional dan bertentangan dengan fitrah.

Berikut merupakan perkahwinan poliandri yang paling berkontroversi di dalam dunia.

Poliandri di kalangan suku Masaai


Suku Maasai adalah kelompok etnik Nilotic yang tinggal di selatan Kenya dan utara Tanzania. Pemerintah Tanzania dan Kenya berusaha mendorong orang-orang Maasai untuk meninggalkan gaya hidup pindah-randah tempat tinggal yang mereka lakukan, tapi mereka tetap melakukan budaya turun temurun mereka ini, termasuk untuk urusan perkahwinan.

Secara tradisi, orang-orang Maasai mengamalkan poligini, iaitu berkahwin dengan beberapa wanita sekaligus. Ini merupakan cara untuk tetap bertahan hidup kerana meningkatnya kematian bayi dan para tentera suku ini.

Meskipun begitu, mereka juga mengamalkan poliandri. Wanita Maasai tidak hanya berkahwin dengan suaminya saja, tapi juga dengan semua lelaki yang seusia dengannya.

Para suami diminta meminjamkan tempat tidurnya untuk tamu yang berkunjung yang ingin berhubungan badan dengan isterinya. Meskipun begitu, wanita boleh memutuskan adakah dia mahu atau tidak berhubungan badan dengan lelaki yang berkunjung tersebut.

Anak yang lahir dari hubungan tersebut akan menjadi anak dari si suami. Mereka juga mengenal penceraian yang disebut dengan ‘Kitala’. Penceraian ini biasanya terjadi kerana perlakuan yang tidak baik terhadap isteri.

Poliandri di pendalaman pergunungan Himalaya



Apabila Tashi Sangmo berusia 17 tahun, gadis itu mengahwini jirannya yang berumur 14 tahun dan adik lelakinya di sebuah kampung di pedalaman banjaran Himalaya di Nepal.

Pada zaman dahulu, anak-anak lelaki dalam hampir setiap keluarga di rantau ini akan berkongsi seorang wanita sebagai isteri.

Dikenali sebagai poliandri, amalan tersebut semakin terpinggir setelah masyarakat Nepal terdedah kepada budaya kehidupan moden. Namun, beberapa buah perkampungan terpencil di Himalaya masih mengamalkan budaya bersuami lebih daripada satu itu.

“Budaya ini memudahkan hidup wanita kerana segala harta kekal dalam satu keluarga. Tiada pembahagian kekayaan dalam kalangan isteri seperti amalan poligami,” kata Sangmo.

“Semua pendapatan dikawal oleh saya. Mereka (suami-suaminya) pula bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga ini,” tambahnya.



Apabila Sangmo berkahwin dengan Mingmar Lama 14 tahun lalu, kedua-duanya faham bahawa adik lelaki suaminya, Pasang akan menyertai rumah tangga mereka kelak.

Keluarga berkenaan kini memiliki tiga anak lelaki dengan masing-masing berusia lapan, enam dan empat tahun.

“Saya mahu berkongsi ikatan perkahwinan ini bersama abang saya kerana hidup kami akan menjadi lebih mudah,” kata Pasang, 25, di rumah mereka yang terletak di kampung Simen pada ketinggian 4,000 meter dari aras laut.



Masyarakat terpencil di rantau ini mengamalkan poliandri bagi mengelakkan sesebuah keluarga membahagi-bahagikan harta mereka.

Perasaan cemburu pula tidak wujud dalam kalangan mereka. “Saya tidak cemburu berkongsi isteri dengan abang saya. Jika saya cemburu, pastinya saya akan mengahwini wanita lain,” kata seorang lagi pemuda yang mengamalkan budaya poliandri yang dikenali sebagai Pema.

Dia dan abangnya, Karma dengan rela hati berkongsi seorang isteri berusia 30 tahun, Shitar Dorje.

Keluarga poliandri biasanya bersikap tidak kisah berhubung isu bapa kandung dengan anak-anak mereka memanggil kedua-dua bapa dan bapa saudara sebagai “ayah”.

Rantau terpencil ini terletak sekitar 500 kilometer dari ibu negara Nepal, Kathmandu.

Poliandri di sebuah desa terpencil di Tibet



Secara tradisi, perkahwinan diatur oleh orang tua, terutamanya wanita, yang memiliki sedikit hak atau tidak untuk menentukan kepada siapa dia akan berkahwin.

Mungkin hari ini sudah banyak perubahan yang terjadi, tetapi masih dianggap tabu jika seorang anak berkahwin tanpa persetujuan orang tua mereka. Upacara perkahwinan dibezakan berdasarkan pendapatan, daerah dan jarak usia antara semua saudara lelaki.

Semua saudara lelaki berhak untuk duduk bersama sebagai calon pengantin namun hanya satu lelaki yang dianggap formal untuk melakukannya dan biasanya saudara tertualah yang terpilih sebagai pengantin lelaki.

Usia memainkan peranan penting dalam upacara ini. Biasanya saudara yang paling muda jarang menyertai dalam upacara perkahwinan yang sebenar (meskipun mereka juga akan berkahwin apabila mereka mencapai usia remaja).

Tiada cara untuk menghubungkan anak-anak biologi kepada saudara tertentu dan mereka tidak menunjukkan sikap pilih kasih terhadap anaknya. Walaupun dia tahu bahawa dia adalah ayah kandung anak tersebut, anak-anak tetap sama-sama memanggil ayah, dan pak cik mereka sebagai ‘bapak’!

Setiap hari, si isteri bekerja memecahkan batu di bukit yang tandus atau menuai tanaman di bawah matahari terik. Manakala suami-suaminya pula membahagikan tugas seperti menguruskan haiwan ternakan, membantu isteri di ladang dan keluar berniaga.

Ramai yang melihat amalan ini sebagai keberlangsungan hidup. Namun ada faktor keselamatan buat si isteri kerana ada yang akan menjaga si isteri jika seorang suami meninggal.

Poliandri di India



Suri rumah berusia 22 tahun itu tinggal di dalam sebuah rumah satu bilik bersama kelima-lima suaminya. Rajo menjalankan tanggungjawab normal sebagai isteri di waktu siang dan tidur bersama suami berbeza mengikut giliran pada sebelah malamnya.

Perkongsian rumah tangga enam individu itu dikurniakan seorang bayi lelaki namun menurut Rajo, dia sendiri tidak mengetahui siapakah bapa kepada zuriatnya.

“Ramai yang bertanya tetapi pada awal sahaja berasa sedikit pelik, kini sejujurnya saya tidak mempunyai suami kegemaran,” terang Rajo.



Rajo berkahwin dengan suami pertamanya Guddu, 21, mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka. Walaubagaimanapun, adat di kampung mewajibkan wanita itu turut mengambil adik-beradik Guddu sebagai suami.

“Kami semua melakukan hubungan seks dengannya tetapi saya tidak pernah cemburu. Kami sebuah keluarga yang bahagia,” jelas Guddu.

Suami-suami Rajo yang lain termasuklah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan terbaru sekali adalah Dinesh yang dikahwini dua tahun lalu ketika pemuda itu baru sahaja mencecah usia 18 tahun.

Sebagai suri rumah kepada keluarga yang besar, Rajo memasak, mengemas dan menjaga anaknya, Jay yang berusia dua tahun ketika semua suaminya bekerja di Dehradun, utara India.

“Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Apabila saya menerima Guddu sebagai suami, saya tahu bahawa saya harus menerima kesemua adik-beradiknya sebagai suami,” ujar Rajo.


sumber : cerkosong.com

Sumber Satu Isteri Tapi Ada Tiga Suami. Inilah Perkahwinan Poliandri Iaitu Perkahwinan Paling Kontroversi Di Dunia

Post a Comment

Previous Post Next Post