Tragedi solat Jumaat Christchurch: Rakyat Malaysia, Rahimi selamat selepas berpura-pura mati



RAKYAT Malaysia, Rahimi Ahmad yang dikatakan hilang selepas terlibat dalam insi-den tem-bakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand dilaporkan selamat.

Menurut rakan Rahimi yang tidak ingin dikenali, Rahimi hanya mengalami kece-deraan selepas berpura-pura mati ketika pengg-anas melepaskan temb-akan di dalam ruang Masjid Al Noor.

“Rahimi terced-era tetapi dia berpura-pura mati,” kata rakannya.

Terdahulu, isteri Rahimi yang hanya dikenali sebagai Azila berkata kepada media tempatan bahawa kelibat Rahimi tidak kelihatan susulan tragedi.

Rahimi yang berasal dari Pulau Pinang bersama-sama keluarganya telah menetap di Christchurch selama lima tahun.

Artikel berkaitan

Tragedi solat Jumaat: "Saya hanya mampu berdoa semoga suami saya selamat"



SEPERTI minggu-minggu sebelum ini, Rahimi Ahmad tidak pernah ketinggalan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor di Deans Avenune, Christchurch, New Zealand.

Rahimi, 39, juga sering ditemani anak lelakinya yang berusia 11 tahun.

Bagaimanapun, kunjungan Rahimi ke masjid berkenaan hari ini tidak sama seperti kebiasaannya.

Kelibat Rahimi tidak lagi kelihatan ekoran tragedi solat Jumaat yang tercetus di masjid berkenaan angkara pengg-anas.

Rahimi, warganegara Malaysia yang bertugas di negara itu tidak dapat dikesan.

Namun, anaknya yang berada di luar masjid telah dibawa oleh orang awam untuk disela-matkan.

Bagi isteri Rahimi, dia benar-benar buntu, resah dan tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan kebimbangan yang bersarang di hati selepas mendapat berita meng-ejutkan itu.

Dikenali sebagai Azila, apa yang diharapkan wanita itu ialah suaminya selamat.

“Saya hanya mampu menunggu dan berdoa supaya Rahimi dapat menghubungi kita,” kata Azila seperti dilapor portal NZHerald.

“Rahimi ada bawa telefon bimbitnya jadi saya pasti dia akan dapat menghubungi kita dalam masa singkat tetapi buat masa ini, kita tidak tahu apa yang berlaku kepadanya," sambung Azila lagi.

Rahimi yang berasal dari Pulau Pinang bersama-sama keluarganya telah menetap di Christch-urch selama lima tahun.


Sumber : astro awani

Sumber Tragedi solat Jumaat Christchurch: Rakyat Malaysia, Rahimi selamat selepas berpura-pura mati

Post a Comment

Previous Post Next Post