(Video) “Saya Bertemu Jodoh Dengan Yusry, Ketika Itu Saya Dipuncak Kerjaya. Tapi Akhirnya…,”- Erra Fazira



Siapa yang tidak kenal dengan pelakon popular cantik Erra Fazira yang banyak menghiasi drama dan filem tempatan seketika dulu, lakonannya yang bersahaja dan dapat menghayati watak yang diberikan nyawa membuatkan beliau terus jadi buruan penerbit filem..

Baru-baru ini, pelakon cantik yang tidak dimamah dek usia ini ada dijemput untuk sebuah rancangan ‘Di Sebalik Idola’ di Astro Ria.Pelakon berusia 45 tahun itu telah berkongsi pengalaman hidup bersama penonton di dalam rancangan tersebut.


“Seperti yang semua dah ketahui, rentetan perjalanan saya, saya pernah mengalami kegagalan dalam betunang, pernah gagal dalam perkahwinan tapi semua itu saya jadikan sebagai pengajaran..”


“Tidak ada yang negatif atau yang tidak elok setiap perjalanan yang telah diaturkan..itu semua adalah pengalaman hidup yang sangat berharga buat saya..”kongsi Erra.

Disamping itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Pasrah itu telah mengimbau kembali kisah percintaan dan rumah tangganya yang terdahulu bersama bekas suami, Yusry Abd Halim dan juga Engku Imran.

“Saya bertemu jodoh bersama Yusry, ketika saya di kemuncak kerjaya..gabungan kami berdua bom!. Jadi ianya menjadi ‘wedding of the year’.

“Tapi macam mana pun jodoh tak kesampaian..tidak ada rasanya orang berkahwin untuk jodoh yang pendek..”

“Alhamdulillah, dengan Engku saya dianugerahkan Allah dengan anugerah terindah iaitu anakanda saya, Engku Aleesya. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kencundang, yang sedihnya bila terpisah dengan anak..bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima untuk berpisah dengan anak..”katanya sambil menangis.

Pelakon yang terkenal dengan filem Sembilu itu juga telah berkongsi bersama penonton kisah kehidupannya selepas bercerai yang telah menyentuh hati penonton.




“Orang tak tahu, orang ingat kenapa dia ni berpisah dia tak ambik anak? Ada kisah disebalik, tidak ada ibu yang nak berpisah dengan anak…biarlah orang kata kita berkorban untuk kebahagian anak.Yang penting anak bahagia.”

“Anak saya harus wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini, saya sakit tak apa, asalkan anak saya bahagia.”

“Saya yakin Allah itu adil, saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya, tapi baik di masa hadapan” luah Erra.




Lantas, para peminat juga turut berasa sedih setelah menonton perkongsian perjalanan hidup Erra.

Sumber : YouTube Kaki Sembang Studio
Sumber artikel : mediahiburan.my

Sumber (Video) “Saya Bertemu Jodoh Dengan Yusry, Ketika Itu Saya Dipuncak Kerjaya. Tapi Akhirnya…,”- Erra Fazira

Post a Comment

Previous Post Next Post