Hujung minggu lalu pelakon cantik Emma Maembong telah berlangsung sambutan hari jadinya yang ke-27 di Shah Alam.
Penuh meriah! Majlis sambutan hari jadi Emma itu dihadiri keluarga, teman rapat dan peminat setianya, Emavengers.
Uniknya, tema pakaian tidur dipilih sempena meraikan ulangtahun kelahirannya itu.
Bukan hanya Emma malah tetamu yang hadir juga mengenakan konsep pakaian serupa seperti yang telah ditetapkan.
Emma turut berkongsi beberapa keping foto dan video yang dirakamkan pada majlis berkenaan.
Malah, ruangan komen foto-foto terbabit dihujani pelbagai komen termasuk doa daripada peminat dan rakan artis.
Disebalik itu, ramai juga yang masih berharap pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu kembali kepada fitrahnya berhijab selepas pulang daripada mengerjakan umrah pada pertengahan Mac lalu.
Emma lahir pada 27 Mac 1992 dan mula mencuri perhatian sekitar tahun 2012 menerusi drama Kau Yang Terindah.
Apa kata kita jenguk momen-momen menarik sepanjang majlis sambutan hari jadinya ke-27 baru-baru ini.
Sumber artikel : gempak.com
Sumber 8 Gambar Comel Sangat... Sekitar Parti Hari Jadi Emma Maembong Bertemakan Baju Tidur
Tags:
mazeer