Kontroversi Fazura Dan Hans Isaac Di FFM30, Ini Kenyataan Rasmi Dari Pihak Astro...



Aktres jelita, Nur Fazura menafikan desas-desus penampilannya dan suami, aktor Fattah Amin sebagai penyampai trofi di Festival Filem Malaysia 30 (FFM 30) Sabtu lalu adalah atas permintaan peribadi, selain menjadi syarat yang perlu dipenuhi penganjur.

Fazura turut mendakwa dia menerima mesej melalui kiriman WhatsApp daripada rakan penyampai, pengarah dan pelakon Datuk Hans Isaac yang menyatakan rasa kecewa atas apa yang berlaku, terutama permintaan Fazura untuk digandingkan dengan Fattah yang disifatkannya tidak mengikut tema slot berkenaan.

Dalam pada itu, Hans menegaskan kiriman mesej yang dihantar kepada aktres Fazura adalah bersifat peribadi.

Rentetan dari perkara terbabit, Astro sebagai stesen penyiar rasmi FFM30 masih lagi dalam peringkat perbincangan dengan kesemua yang terlibat.

"Kami sedia maklum mengenai kontroversi yang tercetus di antara Fazura dan Hans tentang isu yang mendakwa Fazura meletakkan syarat untuk tampil dengan Fattah sebagai penyampai trofi di pentas FFM30 baru-baru ini.

"Selaku stesen penyiar rasmi Anugerah FFM30, perancangan rapi yang mengambil kira segala kebarangkalian telahpun dilakukan demi memastikan kelangsungan program ini kerana pihak kami mahu bekerjasama dengan semua yang terlibat tanpa ada sebarang prejudis.

"Bagi menjawab pertanyaan media, kami masih lagi dalam peringkat perbincangan dengan kesemua yang terlibat termasuklah FINAS untuk meneliti semula perkara ini.

"Justeru, kami berpendapat adalah tidak manis untuk kami mengulas lanjut mengenai isu ini kerana masih belum ada kata putus yang diambil," kata Namanzee Harris selaku Ketua Bahagian Kandungan Astro.

Berlangsung pada Sabtu lepas di di Dewan Plenary, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), FFM30 telah menobatkan One Two Jaga sebagai Filem Terbaik.

"Ini Adalah Tuduhan Yang Berat Kerana Sebagai Selebriti Yang Sudah 17 Tahun ....." - Fazura Nafi Letak Syarat Tampil Bersama Fattah Amin



Pelakon dan penyanyi Fazura menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya meletakkan syarat konon penampilannya dan suami, Fattah Amin sebagai penyampai trofi pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-30, Sabtu lalu, adalah atas permintaan peribadi.

Menurut laporan Beritaha Harian Online, Fazura menjelaskan dia tidak pernah membuat ketetapan untuk menjadi penyampai trofi jika syarat digandingkan dengan Fattah dipatuhi penganjur, pada malam kemuncak anugerah berprestij itu.

Fazura yang tampil dengan Fattah menyampaikan trofi kategori Anugerah Khas Juri menjelaskan, dia dan suami masing-masing mendapat undangan rasmi sebagai penyampai trofi.

Tambah Fazura, mengikut perancangan dan komunikasi dengan pihak terbabit, mereka akan tampil dalam slot berasingan.

Namun, dakwa Fazura, ketika menunggu giliran di belakang pentas, mereka didatangi dua petugas produksi yang meminta dia dan Fattah untuk bersama-sama naik ke pentas menyerahkan trofi.

Dalam kekalutan itu, Fazura menambah, dia dan Fattah sempat berlatih skrip, biarpun dimaklumkan pada saat-saat akhir. Fazura mendakwa, mereka diberitahu kehadiran Fattah bersamanya adalah elemen kejutan untuk acara itu.

“Saya terkejut apabila ada blog melaporkan kononnya saya mengenakan syarat kepada penganjur iaitu kalau mahu ambil saya sebagai penyampai trofi, saya mesti digandingkan dengan Fattah.

“Dakwaan mengatakan saya hanya akan muncul jika Fattah menemani saya adalah tidak benar sama sekali. Ini adalah tuduhan yang berat kerana sebagai selebriti yang sudah 17 tahun berkecimpung dalam industri, saya tahu prosedur majlis atau acara seperti FFM,” katanya.

Rentetan insiden itu, Fazura mendakwa, dia menerima mesej melalui kiriman WhatsApp daripada pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac yang menyatakan rasa kecewa atas apa yang berlaku, terutama permintaan Fazura untuk digandingkan dengan Fattah yang disifatkannya tidak mengikut tema slot berkenaan.

“Saya terkejut menerima mesej daripada Hans, pagi tadi yang mendakwa dia ialah individu yang meluluskan senarai penyampai trofi dan artis yang membuat persembahan pada malam itu. Saya dituduh membuat keputusan sendiri dan tidak menghormati artis lain yang layak naik ke pentas.

“Tuduhan itu tidak berasas... Perkara ini perlu dijelaskan kerana sudah tular dan memberi reputasi tidak baik terhadap saya dan suami,” katanya.

Sehubungan itu, Fazura meminta Hans memohon maaf kepada dia dan Fattah bagi membersihkan namanya daripada tuduhan yang disifatkan melulu itu.

“Dalam mesej itu, Hans ada menyebut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Idham Ahmad Nadzri... Saya serahkan kepada Hans kerana sepatutnya dia memohon maaf kepada saya dan suami,” katanya.

Sumber: BH Online

Sumber artikel : gempak.com

Sumber Kontroversi Fazura Dan Hans Isaac Di FFM30, Ini Kenyataan Rasmi Dari Pihak Astro...

Post a Comment

Previous Post Next Post