"Baru Kini Saya Rasa Erti Perkahwinan Sebenar, Lebih Seronok Dan Direstui" – Fasha Sandha



Kata, Fasha, kini barulah beluau merasai erti perkahwinan sebenar dan berharap rumah tangga yang bakal dibina kali ini bersama Aidil Aziz akan berkekalan sehingga akhir hayat.


Ini kali pertama saya merasai kemeriahan persediaan sebelum mendirikan rumah tangga. Saya sangat gembira, malah terharu apabila menerima pelbagai nasihat dan kata sokongan untuk kembali melalui alam bermakna ini.



Baru kini saya merasai erti perkahwinan sebenar. Saya terharu apabila ibu dan keluarga kedua-dua belah pihak memberikan restu. Dapat saya rasakan betapa diri ini disayangi. Saya sangat berharap ini adalah perkahwinan terakhir dan memohon semua mendoakan segala perancangan kami dipermudahkan.



Majlis pernikahan bakal berlangsung di kampung halaman Fasha di Perlis. Bagaimanapun, beliau hanya akan mendedahkan tarikh pernikahan  itu selepas selamat diijabkabulkan nanti.

Pelakon Fasha Sandha berharap, bahtera rumah tangga yang bakal dilayari kembali bersama Aidil Aziz dalam masa terdekat akan menjadi perkahwinan terakhirnya.

Mengakui sebak menanti hari bahagianya, Fasha, 35, bersyukur dipertemukan dengan insan yang tulus meyakinkan dirinya untuk kembali menjadi isteri.

“Ini kali pertama saya merasai kemeriahan persediaan sebelum mendirikan rumah tangga. Saya sangat gembira, malah terharu apabila menerima pelbagai nasihat dan kata sokongan untuk kembali melalui alam bermakna ini.

“Baru kini saya merasai erti perkahwinan sebenar. Saya terharu apabila ibu dan keluarga kedua-dua belah pihak memberikan restu. Dapat saya rasakan betapa diri ini disayangi,” katanya.

Ditemui pada majlis berinai dan juga sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-35, malam tadi, Fasha berkata, sebagai insan yang pernah melalui kegagalan, dia berharap akan menemui bahagia yang dicari.

“Saya sangat berharap ini adalah perkahwinan terakhir dan memohon semua mendoakan segala perancangan kami dipermudahkan,” katanya yang memilih tema Melayu Klasik pada acara yang turut dimeriahkan dengan kehadiran keluarga, rakan selebriti serta peminat.

Memilih untuk tidak berkongsi tarikh majlis pernikahan yang bakal berlangsung di kampung halamannya di Perlis, Fasha berkata, segala butiran hanya akan dimaklumkan selepas segala-galanya selesai.

“Tunggulah apabila semua urusan selesai, baru kami berkongsi. Untuk majlis pernikahan nanti, kami hanya mahu melunaskan perkara wajib. Alhamdulillah, banyak pihak yang bersedia menghulurkan tangan untuk meraikan hari bahagia kami,” katanya.

Sementara itu, Aidil atau nama penuhnya, Mohd Aidil Abdul Aziz ,32, berkata, selesai bernikah, mereka akan ke Pulau Langkawi, Kedah untuk berbulan madu disebabkan kekangan masa.

Fasha dan Aidil mengikat tali pertunangan pada 18 November lalu di Ampang, Selangor.

Bintang drama Syurga Yang Kedua itu pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Sumber Berita : BH ONLINE Dan Beautifulnara.com




Sumber "Baru Kini Saya Rasa Erti Perkahwinan Sebenar, Lebih Seronok Dan Direstui" – Fasha Sandha

Post a Comment

Previous Post Next Post