Sudah masuk hari kesembilan kehilangan seorang peserta acara larian denai Gopeng Ultra yang bermula di Gua Tempurung, Gopeng, Perak. Pencarian Mohamad Ashraf atau dikenali sebagai Acap seakan menemui jalan buntu kerana pasukan menyelamat dan sukarelawan tidak menemui sebarang petunjuk.
Namun, di sebalik usaha pencarian mangsa, terdapat pelbagai kejadian aneh atau misteri yang dialami sendiri oleh sukarelawan yang terlibat seperti yang diceritakan oleh Tok Anjang. Moga dengan kuasa Allah, ‘gambaran’ di mana Acap berada membawa kepada penemuannya. Ayuh Malaysia kita berdoa.
Sambungan perkongsian usaha berterusan SAR mencari mangsa sesat Mohamad Ashraf bin Hassan asal Muar Johor di Bukit Batu Puteh, Kg Pintu Padang, Gopeng. 28/3/2919.
Hari ini Tok Anjang ke Kg Pintu Padang lewat sampai jam 3.30. Siap menunggu Li grik, Iqbal MAYC dan grup RGS. Sesampai je Tok Mie dan Hj Wok dari kuala Kangsar kami terus mendaftar nama dan naik ke puncak Bukit Batu Putih. Hampir sampai ke puncak kami disambut dengan hujan renyai renyai.
Kami sempat berjamaah Asar. Selesai Tok Mie membaca doa panjang mohon dipertemukan dengan ACAP, kami terus memulai slot mengesan lokasi ACAP yang dikatakan disorok oleh makhluk halus.
Dengar bunyi orang bercakap dengan perlahan
Dalam suasana sunyi diringi hujan renyai renyai kami berzikir diketuai oleh Hj Wok, perkara aneh berlaku. Majoriti drp 16 org yg berada disitu mendengar bunyi motor dipuncak bukit. Juga mendengar bunyi orang bercakap cakap dengan perlahan.
Muncul gambaran lokasi batu besar
Seterusnya perlahan lahan sedang semua berzikir itu muncul gambaran lokasi lokasi di minda minda 16 org yang berada disitu. Setelah diminta buka mata kami berkongsi visual yang kami lihat.
Majoriti diberi gambaran batu batu besar. Tok Nampak ketulan batu besar putih. Hairan juga. Macam diatur atur. Namun yang lebih mengejutkan ada seorang yang selalunya jadi orang yang pertama menolak benda benda dan amalan pelik mendapat gambaran yang lain dari semua orang.
Didatangi orang tua berjubah, berserban putih dan bertongkat
Beliau didatangi seorang tua berjubah, berserban putih dan bertongkat berdiri tegak dibelakang isteri Tok. Berdiri diam beberapa lama melihat tanpa bergerak kumpulan zikir kami. Sahabat kita cuba berkomunikasi dalam minda dengan orang tua bertongkat bertanyakan ACAP tapi orang tua itu diam lama. Pada akhirnya menyebut Kandu dan hilang.
Jam menunjukkan jam 6.10 ptg dan Kami kemudian mulai turun. Di bawah kami menemukan batu-batu yang digambarkan tadi. Dalam kehairanan kami mula mencari dikawasan tersebut sambil memanggil nama ACAP. Namun tiada tanda apa apa.
Kami terus turun perlahan-lahan dalam hujan renyai dengan harapan tinggi menemui ACAP. Sehingga ke base camp dalam keadaan penat namun tidak kecewa sebab harapan masih ada selagi ada insan yang tidak putus-putus datang untuk membantu mencari.
Dalam perjalanan turun kami menemui 2 grup india yang begitu tegar dan prihatin untuk menjejak ACAP. Terima kasih Malaysia.
Di Homestay Mak Anjang ramai dari PAS Gopeng hadir untuk solat Maghrib dan baca yassin diadakan.
ACAP….. Tunggu dan kuatkan semangat, besok akan ada group yang akan bawa kamu keluar. INSYAALLAH.
Update :
Pagi ini naik Bukit Batu Putih lagi. Ada misi belum selesai. Gabungan Badan beruniform turun SAR seramai 62 orang cover bahagian bawah bukit. HEBATmereka ni. Tak henti-henti operasi.
Kali ini Tok naik bersama abang kandung Acap dan teman teman sekampungnya dari Johor. Sepanjang perjalanan Tok tak cakap banyak kerana sepanjang perjalanan ke puncak Abang ACAP memanggil manggil nama ACAP dan ajak pulang…… SEDIH sangat. Jom Malaysia jangan berhenti berdoa.
Pusat operasi ditutup
Hari 7 operasi. Adik Ashraf hilang dah 8 hari. Pusat operasi ditutup dan unit SAR bertukar ke Tapak Khemah Gua Tempurung.
Semalam siang naik Batu Putih dengan abg dan sahabat sahabat sekampung ACAP dari Muar, Johor. Dan setelah hari ke empat mendaki setiap hari badan mula terasa penat. Balik Ipoh, mandi, solat Isya trus tido tak sedar diri.
Dibangunkan isteri jam 10 malam, katanya ada Ustaz Tahfiz kawan lama kami nak naik dan usahakan sesuatu. Maka bersiap siap trus ke Gopeng. Dapat rehat sikit tadi cukup le untuk dapat tenaga.
Malam tadi jam 12 kami mula mendaki. Team Li Grik, Reyno, guide belia Kg Pintu Padang 4 orang dan Ustaz 3 orang. Harapan setinggi gunung. Selesai Surah Al Baqarah dan ayat Rukyah lain di suatu lokasi batu besar kami terus ke puncak.
Meninjau dan kembali di kaki bukit jam 3 pagi. Moga apa saja usaha yang menepati syarak dilakukan. Matlamat cuma satu……… Agar Mohd Ashraf Hassan kembali pulang ke pangkuan keluarga yang menanti di bawah.
Tadi naik lagi. Masa pulang singgah belakang Gua Kandu. Tak boleh nak sembang panjang…. Penat sangat. MALAYSIA TERUS DOA.
Sumber : Tok Anjang via Siakapkeli.my
Sumber Tok Anjang Kongsi Kisah-Kisah Aneh Dan Perkembangan Semasa Proses Pencarian Acap
Tags:
mazeer