Disahkan Kerajaan Tak Beli Cincin Berlian Berharga RM24 Juta, Bekas First Lady Malaysia Reda Difitnah Rakyat...



Antara dakwaan dibuat terhadap isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah kononnya dia membeli cincin berlian merah jambu berharga RM24 juta. Semalam Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Amiruddin Hamzah mengesahkan cincin berkenaan tidak dibeli dan sudah dibawa keluar dari negara ini oleh ejennya.

Rosmah yang ditemui media mengulas mengenai pengesahan itu setelah dakwaan mengenai pembelian tersebut telah mencemar nama baiknya.



Sudah maafkan




Menurut Rosmah kepada Kosmo!, dia memaafkan pihak yang membuat fitnah terhadapnya sebelum ini. Walaubagaimanapun dia meminta pihak terbabit meminta maaf kepada rakyat kerana isu itu dijadikan modal pilihan raya.

Saya maafkan.. tapi apa yang penting minta maaf pada rakyat. Mereka sengaja menggunakan isu tersebut sebagai bahan pilihan raya, malangnya ramai yang percaya pada fitnah. Alhamdulilah perkara sebenar telah keluar.

Hanya tengok dan pulangkan



Ujarnya lagi, dia reda dengan apa yang berlaku memandangkan suaminya adalah orang berpengaruh suatu ketika dulu. Jadi, dia terpaksa terkena tempias dirasai Najib.

Saya sabar dan reda dengan apa yang telah berlaku apatah lagi suami saya (Datuk Seri Najib Tun Razak) merupakan pemimpin negara. Apa yang dia alami saya pun terpaksa merasai. Saya sabar demi kesejahteraan rakyat dan reda menghadapi segala dugaan yang Allah beri pada saya.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri memaklumkan Astro Awani bahawa pihaknya ada resit masuk dan keluar Kastam yang membuktikan Rosmah tidak membeli cincin itu. Tambahnya, semasa barangan berharga itu sampai di rumah, Rosmah hanya tengok dan hantar semula kepada penjualnya.

Sumeber: Kosmo!, Astro Awani via ohbulan.com


Sumber Disahkan Kerajaan Tak Beli Cincin Berlian Berharga RM24 Juta, Bekas First Lady Malaysia Reda Difitnah Rakyat...

Post a Comment

Previous Post Next Post