Hairan Bin Ajaib! Sudah Ada PhD Tapi Kini Boy Iman Mahu Sambung Belajar Ke Peringkat Master



Agak lama juga kita tidak dengar sebarang berita tentang Boy Iman sejak beliau terlibat dalam kes penipuan hartanah bernilai jutaan ringgit.

Namun, beberapa hari lalu, nama beliau kembali menjadi bualan netizen selepas memuat naik kad matrik pelajar di akaun Instagramnya dimana Boy kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat ‘Masters’ dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan.





Rata-rata netizen agak pelik dengan tindakannya itu. Bukankah sebelum ini Boy memberitahu beliau sudah ada ijazah Doktor Falsafah (PhD), kenapa sekarang baru hendak sambung belajar ‘Masters’ pula?



Difahamkan, Boy sebenarnya mengambil Executive Master dimana program ini menawarkan mana-mana individu yang sudah bekerja untuk meyambung pelajaran hanya menggunakan kelayakan SPM.  Bagaimanapun, ia tidak boleh digunakan sekiranya mereka mahu menyambung pelajaran ke peringkat PhD.

Sumber : beautifulnara.com





Sumber Hairan Bin Ajaib! Sudah Ada PhD Tapi Kini Boy Iman Mahu Sambung Belajar Ke Peringkat Master

Post a Comment

Previous Post Next Post