"Maaf, Jujurnya Saya Tak Dapat Menahan Air Mata Dan Langsung Tiada Niat Untuk Membuat Drama" - Mia Ahmad



Pelakon Mia Ahmad mengakui rumah tangganya bersama suami yang juga bintang bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd Izham Tarmizi masih dalam proses pemulihan.

Menurut Mia, sebagai seorang isteri dia reda dengan ketentuan yang telah berlaku sebelum ini.

"Hubungan saya dan suami kini dalam proses pemulihan untuk kami saling kenal dan memperbaiki kekurangan dalam hubungan.

"Apabila memilih untuk kembali ke pangkuan suami, saya sedaya-upaya harus melupakan semua kisah yang melukakan demi rumah tangga kami.



"Saya memang tak nak ingat dah perkara yang lalu sebab ia terlalu perit untuk ditelan oleh saya.

"Maaf, saya tak dapat menahan air mata dan saya langsung tiada niat untuk membuat drama," katanya kepada Gempak.

Mia berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran drama Nur 2 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, pada Selasa.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Mia mula menjadi bualan ramai selepas dia berkongsi status sedih di media sosial.

Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak selepas setahun berkenalan.

Sumber : gempak.com

Biodata Mia Ahmad, Heroin Cantik Drama Hati Perempuan



Biodata Mia Ahmad

Nama Penuh: Shamiha Binti Ahmad Baderi
Nama Popular: Mia Ahmad
Umur: 28 Tahun (2016)
Tarikh Lahir: 22 Februari 1988
Asal: Taiping, Perak
Pendidikan: SMK (P) Treacher Methodist, Taiping
Media Sosial Mia Ahmad

Twitter: https://twitter.com/miaahmad
Instagram: http://bit.ly/1G2TTSr
Facebook: http://bit.ly/2UE2Q1W
Wikipedia: http://bit.ly/2Kdetcp
Kerjaya Seni Mia Ahmad

Kerjaya: Model Fesyen, Model Iklan dan Pelakon
Drama /Telefilem: Romi Cinta Julia, Rindu Awak 200%, Atie Setan, Ku Tak Rela, Hati Perempuan (2015)

Sumber : azhan.co

Sumber "Maaf, Jujurnya Saya Tak Dapat Menahan Air Mata Dan Langsung Tiada Niat Untuk Membuat Drama" - Mia Ahmad

Post a Comment

Previous Post Next Post