“Majlis Kahwin Kot,Bukan Parti Liar,”- Majlis Perkahwinan Ahya Rosli Dikecam Netizen Selepas Biar Tarian Menjolok Mata...


Semalam pelakon dan model, Ahya Rosli selamat melangsungkan majlis resepsi perkahwinan yang bertemakan konsep traditional. Namun apa yang menjadi bualan, persembahan tarian yang menjolok mata ketika makan beradab berlangsung.

Menerusi Instastory kakak kepada Ahya, Liana Rosli, beliau telah memuat naik beberapa siri video seorang lelaki yang menyerupai wanita, berpakaian ala-ala bikini, lincah menari s.e.k-si di depan tetamu.

Perkongsian itu mengundang kecaman netizen yang mendakwa tarian tersebut tidak sesuai dengan majlis resepsi yang diadakan, apatah lagi majlis terbabit bertemakan konsep traditional Melayu.



Perkongsian itu mengundang kecaman netizen yang mendakwa tarian tersebut tidak sesuai dengan majlis resepsi yang diadakan, apatah lagi majlis terbabit bertemakan konsep traditional Melayu.







Bagaimanapun lain pula pendapat Ayha selaku pengantin lelaki yang berpendapat, tarian itu sekadar hiburan sahaja buat tetamu yang hadir pada majlis persandingannya semalam, dan tidak perlu diperbesarkan.

“Saya tak kisah apa orang nak kata mengenai majlis persandingan saya. Persembahan itu sekadar hiburan sahaja. Suka hati saya la nak panggil siapa buat persembahan. Itu kan majlis perkahwinan saya, yang keluar duit bukan netizen,” jelasnya.

Lain macam pula persembahan jemputan majlis persandingan Ahya. Apapun tahniah diucapkan kepada Ahya dan isteri, Shahirah Sanusi, semoga perkahwinan yang dibina berkekalan selamanya. (rtky/w)

Sumber artikel : rotikaya.com

Sumber “Majlis Kahwin Kot,Bukan Parti Liar,”- Majlis Perkahwinan Ahya Rosli Dikecam Netizen Selepas Biar Tarian Menjolok Mata...

Post a Comment

Previous Post Next Post