Makcik Bawang Tidak Dapat Menahan Sebak Dan Terpaksa ‘Menangis’ Selepas Tengok Sajat Buat Roti Jala



Petang-petang pekena roti jala dengan kari panas memang sedap. Lagi best kalau makan masa tengah hujan bersama teh panas memang syok habis. Kalau ikutkan nak buat roti jala senang je.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsikan video usahawan kosmetik terkenal, Sajat menyediakan roti jala hasil air tangannya sendiri. Pada awalnya roti jala yang dibuat oleh Sajat itu nampak cantik, tetapi ramai yang ‘menangis’ apabila melihat cara roti jala itu digulung.




Kata pengguna Twitter itu, dia yang merupakan seorang anak peniaga roti jala rasa seperti mahu mengangis melihat roti jala tersebut digulung sedemikian rupa. Ujarnya lagi, ibunya akan turut menangis sama jika melihat video tersebut.




Malah ada yang menyamakan roti jala Sajat itu seperti longgokan seluar dalam. Tidak kurang juga ada yang mempertikaikan warna kari ayam Sajat yang dilihat cair dan seperti sup ayam.

Meskipun ramai yang mengecam roti jala buatannya, namun Sajat tetap positif dan tidak peduli dengan cakap-cakap orang. Malah ada yang mempertahankan roti jala Sajat itu dengan mengatakan tidak kisah dengan rupa makanan tersebut asalkan rasanya sedap untuk dimakan.

SUMBER  TWITTER IQMLHKIMM via vitdaily.com

Sumber Makcik Bawang Tidak Dapat Menahan Sebak Dan Terpaksa ‘Menangis’ Selepas Tengok Sajat Buat Roti Jala

Post a Comment

Previous Post Next Post