Padah Lambat Balik Ke Rumah. Isteri Nekad Tibai Suami Dengan Pisau Dan Kayu Golf



Seorang lelaki berusia 51 tahun dikenali sebagai Zhong Zhengye di Singapura diti-k-am dengan pisau dan dip-uk-ul dengan kayu golf oleh isterinya kerana kerap pulang lewat ke rumah.

Zhong yang berkahwin dengan isterinya berusia 44 tahun dari Vietnam, Phan Thi Ngoc Dung, sejak September 2014.

Difahamkan, pasangan ini telah menjalinkan hubungan percintaan jarak jauh selama tujuh tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.



Phan sanggup datang ke Singapura bersama dengan anak perempuannya berusia 18 tahun untuk berkahwin dengan Zhong.

Keluarga itu kemudian berpindah ke Yishun sejak tiga tahun lalu. Tetapi disebabkan Zhong terlalu sibuk dengan kerjanya di syarikat, pasangan itu kerap berte-ng-kar dan menyebabkan Phan selalu tidur dengan anak perempuannya.

Kemuncaknya pada 29 Mac lalu, Zhong yang baru pulang ke rumah pada awal pagi diti-ka-m oleh Phan dengan pisau sebelum dip-u-kul dengan kayu golf.

Terkejut dengan tindakan su-spek, Zhong terus melarikan diri ke ruang tamu dan menghubungi po-lis.

Anak tirinya yang terdengar keke-cohan itu terbangun dari tidur dan menghalang ibunya.



“Saya sangat sibuk denga kerja dan perlu keluar dari rumah sebelum matahari terbit, pulang ke rumah lewat.

“Dia (isteri) kerap mengadu saya selalu tiada di rumah dan kami sudah sering berten-gkar mengenai perkara ini,” katanya.

Ekoran kejadian itu, Zhong mengalami penda-ra-han dalam otak dan pengli-hatan mata kirinya turut terjejas untuk sementara waktu. Zhong terpaksa menjalani pembe-da-han dan raw-atan susulan di hospital.

Sementara itu, isterinya ditah-an dan diarahkan menjalani pemeri-ksaan me-ntal di hospital.

Sumber: World of Buzz via The Reporter

Sumber Padah Lambat Balik Ke Rumah. Isteri Nekad Tibai Suami Dengan Pisau Dan Kayu Golf

Post a Comment

Previous Post Next Post