Pelakon Mia Ahmad mengakui dirinya tidak sanggup bermadu dengan mana-mana wanita.
Menurut Mia, sebagai seorang wanita dia kagum dengan individu yang sanggup berkongsi kasih dalam sesebuah keluarga.
"Saya tak rela bermadu dengan mana-mana wanita walaupun berkongsi kasih itu dibenarkan agama.
"Saya sangat hormat pada wanita yang dapat hidup bermadu kerana bukan semua wanita sanggup berkongsi.
"Hubungan saya dan suami kini dalam proses pemulihan untuk kami saling kenal dan memperbaiki kekurangan dalam hubungan.
"Saya sudah melupakan apa yang terjadi dan saya harus melupakan semua kisah yang melukakan demi rumah tangga kami," katanya kepada Gempak.
Mia berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran drama Nur 2 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, pada Selasa.
Sebelum ini, kemelut rumah tangga Mia mula menjadi bualan ramai selepas dia berkongsi status sedih di media sosial.
Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak selepas setahun berkenalan.
Sumber : gempak.com
Biodata Mia Ahmad
Mia Ahmad pelakon wanita utama Drama Hati Perempuan TV3 memegang watak sebagai Yuhanis.Mia Ahmad atau nama sebenarnya Shamiha binti Ahmad Baderi kini semakin melonjak naik sebaik sahaja membintangi drama terbaru di slot akasia TV3 berjudul Hati Perempuan.
Shamiha Binti Ahmad Baderi
Nama Penuh: Shamiha Binti Ahmad Baderi
Nama Popular: Mia Ahmad
Umur: 27 Tahun
Asal: Taiping,Perak
Twitter: https://twitter.com/miaahmad
Instagram: https://ift.tt/1G2TTSr
Facebook: https://ift.tt/1FcLetK
Kerjaya : Model Iklan & Pelakon
Pendidikan: SMK (P) Treacher Methodist,Taiping Perak
Drama & Telefilem: Romi Cinta Julia,Rindu Awak 200%, Atie Setan,Ku Tak Rela dan Hati Perempuan.
Sumber "Saya Tak Sanggup Bermadu Dengan ....." - Mia Ahmad
Tags:
mazeer