“Saya Tetap Nak Hubsbaby Ada Dengan Saya,” – Bergambar Pun Mesti Berdua, Gelagat Fattah Amin Dan Fazura Nyata Bersemut, Romantik Sangat!!



Tidak mampu berpisah walau ke mana, gelagat pasangan romantis, Fattah Amin dan Fazura cukup menggelikan hati.

Menerusi komen sekeping gambar di laman Instagram It All About Fazura yang menampilkan Fattah photobomb isterinya sedang berswafoto, ulas Fazura, suaminya harus ada walau apa dilakukan.

“Saya tetap nak hubsbaby ada. Keluar ke pergi toilet pun rindu kan?”



Gembira melihat kebahagiaan pasangan ini, ulas netizen, tempat seorang isteri semestinya di sisi suami.

Malah, kelibat Fattah yang sempat menghadiri majlis tersebut untuk bersama isterinya turut dipuji.




Foto – Instagram Its All About Fazura via mediahiburan.my

Biodata nur Fazura



Nama penuh: Nur Fazura binti Sharifuddin


Nama popular: Fazura

Tarikh lahir: 27 September 1983

Umur: 35 tahun

Kelahiran: Pekan, Pahang, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, penyanyi, model, pengacara, duta, ahli perniagaan dan VJ

Media sosial: Instagram @missfazura

Fakta Menarik
1. Anak ketiga daripada empat adik-beradik. Mempunyai dua orang abang dan seorang adik lelaki.


2. Bapanya, Sharifuddin bin Adnan telah meninggal dunia pada tahun 2000 iaitu sewaktu Fazura berumur 17 tahun. Manakala, ibunya bernama Fadhillah binti Nasir.

3. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

4. Berketinggian 1.65 meter.

5. Mendapatkan pendidikan di Sekolah Menengah Datuk Mahmud Mat di Pekan, Pahang, sebelum menyambung pengajian di di Kolej Rekaan Fesyen. Bagaimanapun selepas beberapa bulan, beliau mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana hilang minat dalam jurusan itu.

6. Mula aktif dalam dunia seni sejak tahun 2002.

7. Bakatnya dalam bidang lakonan mula dikesan oleh pelakon Datin Rosnani Jamil yang menawarkannya watak utama dalam filem Bicara Hati pada tahun 2004.


8. Rumah kediamannya terletak di Damansara Heights, Kuala Lumpur.

9. Juga dikenali sebagai Faz, Zura, Fazura dan Fazbulous.

10. Antara filem lakonannya ialah Qaisy & Laila, Pisau Cukur[, Gol & Gincu, Lagenda Budak Setan, Manisnya Cinta Di Cappadoccia, J Revolusi, Ayat-Ayat Cinta 2 dan The Legend Of Pontianak.

11. Beberapa drama dibintanginya seperti Gol & Gincu The Series, Dalam Hati Ada Cinta, Ezora, Tahajjud Cinta, Kisah Cinta dan Hero Seorang Cinderella.

12. Manakala penglibatannya dalam telefilem menerusi Rendang Untuk Mertua, Tikar Buruk, Sebening Azan Dialun, Eropah, Here I Am, Wanita Terindah dan Lahzeye Bi Payan.

13. Selaku penyanyi, beliau yang memperjuangkan muzik pop tampil dengan album studio berjudul Fazura pada tahun 2017.

14. Menjadi artis Malaysia pertama yang terbit dengan program realiti sendiri berjudul Facing Up To Fazura, bersiaran selama dua musim di saluran antarabangsa E! Asia.

15. Mendirikan rumah tangga dengan aktor Fattah Amin pada 27 November 2017.

Sumber artikel : iluminasi.com

Sumber “Saya Tetap Nak Hubsbaby Ada Dengan Saya,” – Bergambar Pun Mesti Berdua, Gelagat Fattah Amin Dan Fazura Nyata Bersemut, Romantik Sangat!!

Post a Comment

Previous Post Next Post