Selebriti popular Nabila Razali cari calon suami sumber kewangan stabil



Hatinya masih lagi belum dimiliki mana-mana lelaki, Nabila Razali tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, Nabila memberitahu dia tidak menolak andai jodohnya sudah sampai.

Kata Nabila lagi, dia menerima siapapun jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah dan tidak kisah jika jodohnya kelak dengan artis mahupun golongan kenamaan.


“Jika jodoh sudah sampai, saya tidak akan menolaknya kerana percaya dengan ketentuan Allah SWT adalah yang paling tepat. Saya terima dengan siapapun jodoh yang ditetapkan Allah nanti.

“Pada masa sama, saya juga tidak serik berkawan dengan rakan artis atau digosipkan dengan mereka yang sama-sama terbabit dalam bidang seni,” katanya kepada Harian Metro.


 

Dalam pada itu, Nabila memberitahu meskipun masih solo, dia tidak berasa sunyi. Tambahnya lagi, buat masa ini dia mahu memberi fokus pada karier seni dan tiada masa untuk menjaga hati orang lain apatah lagi teman istimewa.

Berkongsikan mengenai kriteria pasangan dicari, Nabila mendedahkan dia mencari calon suami yang memiliki sumber kewangan stabil dan mampu menyara keluarga.

“Saya juga mencari calon suami yang boleh bimbing dari segi dalaman, emosi dan jiwa serta saling melengkapi antara satu sama lain,” katanya.

Tak kisah jodoh artis atau kenamaan


“JIKA jodoh sudah sampai, saya tidak akan menolaknya kerana percaya dengan ketentuan Allah SWT adalah yang paling tepat,” kata penyanyi dan pelakon Nabila Razali, 27, ketika ditanya perancangan untuk berumah tangga pada tahun ini.

Menurut penyanyi yang kini popular dengan lagu Vroom Vroom itu, dia tidak kisah jika jodohnya dengan artis mahupun golongan kenamaan.

“Saya terima dengan siapapun jodoh yang ditetapkan Allah nanti.

“Pada masa sama, saya juga tidak serik berkawan dengan rakan artis atau digosipkan dengan mereka yang sama-sama terbabit dalam bidang seni,” katanya kepada Harian Metro.

Penyanyi yang pernah digosipkan dengan pelakon Aedy Ashraf dan penyanyi serta komposer terkenal Hael Hussaini itu mengakui, buat masa ini dia masih belum memiliki teman istimewa lagi.

“Saya tidak berasa sunyi walaupun masih bergelar solo.

“Buat masa ini, fokus saya pada karier seni dan tiada masa untuk menjaga hati orang lain atau teman istimewa lagi,” katanya.

Ditanya kriteria pasangan dicari, kata Nabila, dia mencari calon suami yang memiliki sumber kewangan stabil dan mampu menyara keluarga.

“Saya juga mencari calon suami yang boleh bimbing dari segi dalaman, emosi dan jiwa serta saling melengkapi antara satu sama lain,” katanya.

SUMBER  HARIAN METRO dan rotikaya.com

Sumber Selebriti popular Nabila Razali cari calon suami sumber kewangan stabil

Post a Comment

Previous Post Next Post