"Tak Sangka Ianya Sangat Keterlaluan Dan Tidak Sesuai Untuk Majlis Kahwin"



Gara-gara netizen melancarkan kempen Boikot Keluarga Damanhuri sejak semalam, pelakon veteren terkenal, Normah Damanhuri tampil memohon maaf diatas insiden tarian bo-g-el di majlis persandingan anaknya.


Menerusi Instagram, Normah memohon maaf diatas kekhilafan semasa majlis persandingan anaknya, Ahya Rosli yang berlangsung Ahad lalu. Jelasnya tarian itu sepatutnya tarian berunsur traditional.



“Saya Normah Damanhuri terlebih dahulu menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf kepada semua atas kekhilafan semasa majlis perkahwinan anak saya dan pasangannya”

“Untuk pengetahuan semua, sebenarnya persembahan paperdoll itu sepatutnya tarian tradisional, zapin, miming, lawak jenaka dengan tetamu tapi saya tak sangka pula pakaian mereka itu keterlaluan untuk majlis perkahwinan,” jelasnya.

 

Jelasnya lagi, beliau tidak menyangka lelaki menyerupai wanita itu berpakaian separuh b-og-el dan membuat tarian lu-c-ah sehingga beliau dikecam oleh pelbagai pihak termasuk ahli keluarga sendiri.

Terdahulu Normah mengakui mengetahui jemputan individu berkenaan dan bersetuju dengan tarian yang akan dipersembahkan. Malah anaknya, Ahya pula mempersoalkan tindakan netizen mengecam beliau. (rtky/w)

Sumber : rotikaya.com

Sumber "Tak Sangka Ianya Sangat Keterlaluan Dan Tidak Sesuai Untuk Majlis Kahwin"

Post a Comment

Previous Post Next Post