Sejak kebelakangn ini semakin banyak pula kes cuarang membabitkan selebriti tanah air. Jika sebelum ini dua selebriti yang mempunyai pangkal nama A dituduh curaang, kali ini selebriti dengan nama F pula terpalit dengan kontroversi curaang.
Terbaru, isteri kepada chef selebriti dan pengacara Chef Fikree Aznan iaitu Syarifah Zuriehan mendakwa suaminya itu berlaku curaang dengan seorang wanita berstatus isteri orang.
Perkara itu didedahkan oleh Zuriehan menerusi akaun Instagramnya. Malah, Zuriehan turut mendedahkan Fikree dan skandalnya tinggal serumah dan memadu asmara di bulan Ramadan yang mulia.
Menurut Zuriehan, dia telah melaporkan perkara tersebut kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), bagaimanapu JAIS lewat tiba ke lokasi dan wanita itu terlebih dahulu berjaya keluar dari rumah melalui pintu belakang.
Zuriehan turut mendedahkan, ini bukan kali pertama suaminya berlaku cuurang. Sebelum ini, chef itu pernah berbalas mesej berbaur lucah dengan seorang pengacara TV9.
Menerusi laporan sebuah portal, Chef Fikree bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi curaang dengan wanita berstatus isteri orang. Fikree berkata tindakannya itu adalah untuk menjaga aib isteri dan keluarganya.
SUMBER BEAUTIFULNARA via rotikaya.com
Sumber Makin Menjadi-Jadi! Kali Ini Giliran Chef Selebriti Fikree Didakwa Cuurang Dengan Isteri Orang Anak Tiga?
Tags:
mazeer