Seorang pengguna Twitter baru-baru ini menceritakan pengalaman kurang enak sewaktu dia membuat tempahan dan berbuka puasa di sana. Bengang dengan pengalaman tersebut, dia menulis di Twitter:
Love Me Seven Days ke Hate Me Seven Days?
Lesson learnt not to dine at LMSD anymore. Made my reservation on 6th May for 10 adults with 3 kids for break fasting today. I even paid a deposit for the booking.
— syahiezaaa (@syahiezaaa) May 22, 2019
Love Me Seven Days ke Hate Me Seven Days?
Pengajaran untuk saya untuk tidak makan di LMSD lagi. Saya buat tempahan pada 6 Mei untuk 10 orang dewasa dan 3 kanak-kanak untuk buka puasa. Saya siap bayar deposit untuk tempah.
Saya dapat rasa ada yang tak kena memandangkan mereka tidak jawab teks saya setelah saya buat bayaran, jadi saya datang ke kafe itu jam 5.30 petang hari ini. Apa yang mengejutkan, mereka boleh terlepas pandang tempahan saya dan cuba tipu saya kononnya saya hubungi nombor telefon yang salah.
Mujurlah saya simpan semua perbualan dengan mereka dan bukti bayaran deposit. Masa tu baru mereka akui kesilapan. Bukan itu saja, sejak 6 Mei saya dah tanya tentang menu supaya saya boleh buat pesanan lebih awal tetapi sia-sia, tiada siapa jawab permintaan saya.
Saya buat pesanan pada 6.00 petang hari ini dan diberitahu pesanan saya akan sampai selepas maghrib. Saya tanya lama ke nak siap, mereka kata tak lebih dari 7.45 petang tapi sebenarnya pesanan saya lewat sampai 8.30 malam. Bukan itu saja yang teruk.
Tiap kali mereka hidangkan makanan, mereka tak tahu pun benarkah kami pesan makanan tu dan minta kami sahkan. Sangat menjengkelkan dan mengecewakan. Menu awak tak disekalikan dengan gambar, mana kami nak tahu macam mana rupanya?
Tambahan lagi, mereka sekali pun tak minta maaf. Orang lain buka kedai makan, kau pun nak buka. Tapi nak urus tak reti langsung. Memalukan saja LOVE ME SEVEN DAYS. Awak juga, Elfira Loy. Saya tahu awak cari nama awak (di Twitter).
Menurut Netizen, terdapat pelbagai review negatif kafe itu di Google Reviews:
Ada pengguna Twitter itu menambah:
Went to the cafe few times tapi service ke laut, the food takes forever to arrive and also the loys, god, kekwat. Note that we went there to enjoy the food bukan nak fangirling ke benda. Lol hashtag takhadap
— aqeelah (@helloqeela) May 23, 2019
Ada yang mendakwa kafe Love Me Seven Days sebenarnya sudah bertukar pengurusan tetapi kesahihannya tidak dapat dipastikan.
Ramai selebriti menceburi bidang perniagaan makanan dan minuman dengan membuka kafe namun biasanya tidak bertahan lama. Kita tunggu sama ada Elfira akan memberi respons berkenaan aduan ini.
Kredit artikel tanpa prejudis kepada – beautifulnara.com
Sumber “Orang Lain Buka Kedai Makan, Kau Pun Nak Ikut Sama Buka”, Kafe Elfira Loy Dikecam Pelanggan
Tags:
mazeer