“Allah Tarik Suami Tapi Allah Gantikan Dengan Sesuatu Yang Lebih Baik”



Genap sebulan melahirkan anak sulung, bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain Afini memuat naik foto wajah anaknya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsiannya itu, Ain Afini turut berkongsikan nama anak lelakinya itu yang diberi nama Muhammad Adam Aysar. Turut disertakan kapsyen, Ain Afini berharap agar dia berikan rezeki untuk menjaga dan melihat anaknya itu membesar.



“Muhammad Adam Aysar, tak sangka dah nak sebulan dah sayang. Moga umi direzekikan dapat menjaga dan melihat kamu membesar hingga sampai waktunya.


“Umi tak ada benda lain boleh bagi melainkan jiwa umi cukup besar untuk terus beri kasih sayang pada Aysar,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelah wajah anak lelakinya dan turut mendoakan Aysar menjadi anak yang soleh dan sentiasa menyayangi ibunya.



Malah, ramai pengikutnya turut mendoakan agar Ain Afini terus kuat dan tabah untuk menggalas tugas sebagai ibu tunggal dalam membesarkan anaknya itu.

Terdahulu PU Abu menceraikan isterinya yang sarat hamil dan difahamkan penceraian itu berlaku kerana memilih untuk bernikah dengan seorang wanita bergelar janda bernama Hana Azraa.

SUMBER  ASTRO GEMPAK via rotikaya.com

Sumber “Allah Tarik Suami Tapi Allah Gantikan Dengan Sesuatu Yang Lebih Baik”

Post a Comment

Previous Post Next Post