Dulu dengan abang Syed Saddiq, sekarang katanya Emma Maembong ada hubungan cinta dengan anggota kumpulan K-Clique, Noki pula. Spekulasi makin hangat bila Noki memuat naik gambar memeluk Emma.
Aktres itu juga ada memuju-muji Noki 'sentiasa handsome' katanya.
Tukar lelaki macam tukar baju je? Tapi, sebenarnya segala tuduhan itu tidak benar.
Kata Emma, mereka dah kenal sejak tujuh tahun lepas dan hanya rapat sebagai kawan.
"Sebenarnya Noki adalah adik kepada kawan baik saya iaitu Lala.
"Sebelum ini, ada je kongsi gambar tapi mungkin orang baru perasan sebab dia semakin popular.
"Saya dan dia tak ada hubungan istimewa, kami hanya kawan baik," katanya kepada mStar Online.
Sementara itu, Emma juga menafikan hubungan dengan Syed Abdullah dengan mengatakan mereka hanya berkawan baik.
"Tak ada seorang pun saya bermusuh sebab industri ini kecil sahaja, pusing-pusing nanti jumpa balik.
"Setakat ini saya masih solo, selagi belum berkahwin," ujarnya.
Mungkin Emma ni ramah dan menyenangkan hati, sebab tu semua lelaki pun boleh selesa dengannya. Kan?