Berebut tempat letak kereta dan meletakkan tanda bukan isu baru. Ada saja yang dilakukan termasuk berdiri di dalam petak parkir hingga mencetuskan pertengkaran.
Berbeza dengan kejadian di Johor Bahru apabila ada individu yang 'cop' tempat letak kereta dengan meletakkan batu nisan.
Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila seorang pengguna berkongsi gambar berkenaan pada 22 Julai lalu.
Memetik mStar Online, foto 'seram' itu dirakam pada Februari lalu oleh seorang penduduk setempat, Nuar.
"Saya mula duduk di situ tahun lepas. Sampai hari ini masih ada batu nisan tu.
"Kali pertama tengok, agak terkejut. Tapi, lepas tu rasa nak marah pun ada sebab dia cop parking," katanya yang mendakwa pemilik batu nisan berkenaan merupakan pasangan suami isteri warga emas.
Walaupun agak 'menyeramkan', netizen ternyata terhibur dengan taktik menanda tempat letak kereta digunakan warga emas terbabit.
"Hahahahahah, cop parking guna batu nisan teruih.
"Aku syak bawah batu nisan parking lot tu, kubur sedara mara dia kot.
"Maksud tersirat: Kau ambil parking ni, batu nisan ni bakal jadi batu nisan kau! Suka tak? Suka tak suka, kau terima jelah!
"Boleh saman batu nisan tu. Salah kalau 'main cop' parking ni.
"Kalau kau rembat jugak parking dia, memang batu nisan tu milik kau bro," antara komen netizen.