Lori bawa muatan anak babi terbalik, yang peliknya kali ini tiada sesiapa yang berani kutip



PENAMPANG – Seorang pemandu lori dan kelindan berdepan detik cemas apabila lori mereka yang membawa muatan anak khinzir dipercayai hilang kawalan lalu terbalik di Kilometer 31, Jalan Moyog Penampang-Tambunan di Tambunan di sini hari ini.

Akibat kemaalangan tersebut haiwan yang berada di atas lori berkenaan terhumban dan berkeliaran di jalan raya kira-kira pukul 8.40 pagi.

Kejadian itu turut mencetuskan panik dalam kalangan pemandu kerana anak khinzir berkenaan berlari-lari di atas jalan raya hampir sejam.

Namun, jalan raya kembali lancar selepas pihak polis membantu mengawal lalu lintas.

Bagaimanapun, pemandu lori dan kelindannya yang masing masing berusia dalam lingkungan 40-an dan 20-an tidak mengalami sebarang keceedeeraan.


Difahamkan, lori berkenaan dalam perjalanan menghantar anak khinzir itu ke lokasi sekitar Pekan Donggongon dekat sini.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Johnny John Jinuli mengesahkan mengenai kejadian tersebut kerana secara kebetulan kenderaan utiliti yang dinaikinya bersama sepasukan anggota melalui lokasi insiden.

“Kami memberhentikan kenderaan bagi menjalankan pemeriksaan namun, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku kerana pemandu dan kelindan lori berjaya keluar menyelamatkan diri,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Sumber Lori bawa muatan anak babi terbalik, yang peliknya kali ini tiada sesiapa yang berani kutip

Post a Comment

Previous Post Next Post