Kanak-kanak dihempap peti sejuk tidak mampu berdiri, bertutur


KANAK-KANAK lelaki berusia lima tahun yang paarah dihempap peti ais di rumah keluarganya di Taman Cempaka, Nilai, pada 12 Julai lalu, tidak lagi mampu berdiri dan bertutur.

Keadaan Muhammad Fawwaz Adli itu dikongsi bapanya, Mohd Bukhari Zainal Annuar, 33, yang memaklumkan anaknya dibenarkan keluar wad, semalam selepas tiga minggu dirawat di Hoospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Menurutnya, biarpun Muhammad Fawwaz dibenarkan keluar wad, keadaannya tidak seperti dulu apabila tidak boleh berdiri dan bertutur.

“Doktor memaklumkan ia kesan keceedeeraan dialami di bahagian kepala. Doktor beritahu keadaannya mungkin berlarutan untuk tempoh lama.

“Selain itu, anak saya memerlukan penjagaan rapi dan perlu makan menggunakan straw,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Mohd Bukhari berkata, Muhammad Fawwaz sudah menjalani pembeedahan sebelum ini dan perlu mendapatkan rawatan susulan di HTJS selepas ini.

“Selain rawatan susulan, saya akan cuba mendapatkan rawatan perubatan Islam sebagai ikhtiar memulihkan anak saya itu,” katanya yang reda dan tabah menghadapi ujian berkenaan.


Dalam kejadian pada 12 Julai lalu, Muhammad Fawwaz Adli mengalami keceedeeraan paerah di kepala selepas dihempap peti sejuk setinggi kira-kira 1.8 meter rumahnya di Taman Cempaka, Nilai.

Peti sejuk untuk kegunaan perniagaan itu dibeli oleh bapanya lapan bulan lalu dan ditempatkan sementara di ruang tamu rumah berkenaan.


Kejadian itu disedari oleh ibu mangsa selepas mendengar bunyi dentuman di belakangnya semasa dia menonton televisyen di ruang tamu tersebut.

Sumber : https://ift.tt/2Kfxis6

Sumber Kanak-kanak dihempap peti sejuk tidak mampu berdiri, bertutur

Post a Comment

Previous Post Next Post