Graduan Biadap Di Pentas Konvo Tak Mengaku Salah


Video yang tular baru-baru ini semasa berlangsungnya Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) kali ke-59 pada Isnin lepas kerana tiandakan biadap seorang graduan.

Wong Yan Ke bagaimanapun dikatakan tidak membuat sebarang permohonan maaf walaupun tindakannya itu telah mengundang kecaman para netizen.

Menurut graduan ini, individu yang sepatutnya memohon maaf adalah naib canselor universiti itu sendiri iaitu Datuk Dr Ir Abdul Rahim Hashim yang dikatakan telah memulakan isu perkauman.

Jelas Yan Ke lagi, bahawa ucapan yang berbaur isu perkauman diucapkan semasa Kongres Maruah Melayu di Shah Alam .

Kenyataan dari Yan Ke lagi :


“Saya rasa orang yang patut minta maaf adalah naib canselor sendiri”.

“Negara ini adalah negara yang mempunyai undang-undang. Saya hanya bersuara sebagaimana hak di dalam perlembagaan,”

“Banyak orang tanya kenapa saya tidak pilih masa dan tempat yang sesuai (untuk bersuara). Tapi saya nak tanya, adakah pihak universiti telah beri saya platform yang sesuai?

“Saya dahulu salah seorang aktivis mahasiswa yang telah bangkitkan beberapa isu seperti yuran, Wifi dan lain-lain. Kita juga hantar memorandum kepada pejabat naib canselor mengenai isu yang dibangkitkan. Tapi mereka tak pernah balas tuntutan kita”.

“Dia (naib canselor) yang jejaskan nama universiti, dia yang salah guna nama universiti untuk laksanakan agenda politiknya. Jangan kata saya yang malukan nama universiti pula,”

Yan Ke dilihat hadir bersama dengan peguamya iaitu Asheeq Ali selepas satu jam lebih memberi keteranganya pada polis.

Menurut peguam Yan Ke lagi, pihak mereka memberikan tempoh masa 24 jam pada pihak Universiti Malaya (UM) bagi menjawab mengapa transkrip Yan Ke disekat oleh pihak universiti.

Penggerak Mahasiswa UM telah menuntut agar Yan Ke tampil membuat permohonan maaf atas tindakan berlaku biadapnya di pentas konvo pada isnin lalu.

Sumber: https://ift.tt/2MjnEqK


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post