KUALA LUMPUR – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ditempelak kerana tidak menguasai ilmu menurunkan harga minyak kepada RM1.50 seliter seperti yang pernah dijanjikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli sebelum ini meskipun mereka dalam parti yang sama.
Sebelum ini, Anwar dalam kempennya pernah berjanji akan menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam jika parti-parti pembangkang (PH) mendapat mandat rakyat untuk mentadbir negara.
“Sememangnya menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, terutamanya golongan B40 adalah suatu usaha yang murni, tetapi saya cadangkan kerajaan mendapatkan petua daripada Datuk Seri Anwar dan Rafizi supaya harga minyak dapat diturunkan serta merta ke RM1.50,” kata Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA, Mike Chong.
Beliau berkata demikian bagi mengulas Program Subsidi Petrol yang akan dilaksanakan oleh kerajaan mulai Januari 2020.
Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, di bawah program itu, seramai 2.86 juta penerima Bantuan Sara Hidup akan menerima subsidi sebanyak RM30 sebulan bagi pemilik kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal.
Jumlah penerima subsidi tersebut membabitkan 2.86 juta orang.
Mike berkata, pengumuman itu bermakna harga petrol RON95 akan naik mengikut harga minyak mentah antarabangsa dan tiada harga siling.
“Only sky is the limit! (tiada had kenaikan),” katanya.
Sumber: MalaysiaGazette via SuaraTV
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget