Sangat Luar Biasa! Gadis Ini Memperolehi Keputusan CGPA 4.00 Untuk 7 Semester!


Sejak beberapa minggu yang lalu, kebanyakan IPTA dan IPTS di negara ini mula mengadakan majlis konvokesyen bagi meraikan kejayaan para graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan masing-masing.

Pada majlis tersebut, dapat dilihat kegembiraan yang terpancar pada wajah setiap graduan apabila canselor atau naib canselor universiti menyerahkan skrol ijazah kepada mereka.

Bagi penerima anugerah Pelajaran Diraja Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Athirah Rushami Zien, 23, beliau tidak mempunyai resepi kejayaan yang luar biasa kecuali sentiasa memberi fokus di dalam kelas.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan itu menamatkan pengajian dengan PMK 3.99.

Disebalik cerita yang tuIar berkenaan seorang pelajar membuat demo diatas pentas semasa menerima scroll ijazah, hari ini tuIar di media sosiaI twitter seorang gadis yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang.


Nama gadis tersebut ialah Nur Athirah Binti Rushami Zien. Beliau merupakan pelajar jurusan undang-undang dan perniagaan. Apa yang menarik ialah beliau berjaya tamat pembelajaran dengan mendapat CGPA 3.99 dan tujuh kali mendapat 4 flat! Dengan keputusan cemerlang tersebut beliau telah menerima Biasiswa Majlis Raja-Raja semasa tahun kedua.


Hebat sangat ni dik. Rata-rata netizen memberi pujian dan ada juga yang turut bertanyakan tips belajar dari beliau.




Beliau bukan sahaja hebat dalam akademik, tetapi turut aktif menyertai pelbagai aktiviti di peringkat universiti mahupun antarabangsa. Beliau juga telah ditawarkan bekerja di tempat beliau membuat praktikal. Mungkin boss pun dah nampak kehebatan adik Athirah ni.

Berkongsi kejayaan tersebut, Athirah berkata beliau tidak mempunyai resepi kejayaan yang luar biasa kecuali sentiasa memberi fokus di dalam kelas.


Fuhh, jeles kami tengok adik ni. Bukan saja pandai cantik plak tu. Cukup pakej! hehe

Kejayaan luar biasa Nur Athirah telah menarik perhatian ramai pihak termasuklah selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Nor.


Selain megucapkan tahniah kepada Nur Athirah, Neelofa turut menyatakan hasrat untuk memberikan hadiah penghargaan kepadanya kerana benar-benar memberi inspirasi kepada semua.

Semoga kejayaan beliau menjadi inspirasi pada adik-adik yang masih belajar. Masih belum terlambat nak dapat dekan.


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post