Rasa Kebas Di Kaki Dan Tangan Antara Tanda Kencing Manis


Setiap manusia menginginkan tubuh badan yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan amatlah penting bagi memastikan diri sentiasa sihat dan cergas.

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani (Greek). Di Malaysia, kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di samping strok / angin ahmar, tibi dan barah paru-paru. 

Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis.

Jangan biarkan anda tergolong dalam penghidap kencing manis kerana ada cara untuk mengenalpasti tanda-tanda awal kencing manis :


Tanda-Tanda Awal Diabetes: 

1. Kerap berasa dahaga 
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam 
3. Mempunyai penglihatan yang kabur 
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui 
5. Berat badan berlebihan 
6. Kerap berasa lapar 
7. Kerengsaan kulit 


Selalunya pesakit diabetes kurang peka dengan mengaitkan tanda-tanda awal sebegini dengan penyakit diabetes. Kebanyakkan mereka menyedari mereka menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujukkan masalah berikut kepada doktor. 

Tanda-Tanda Diabetes: 

1.  Menghadapi masalah jangkitan yang kerap seperti: 
  • Kulit      
  • Gusi      
  • Jangkitan pundi kencing 

2.  Penglihatan yang semakin kabur 
3.  Luka lambat sembuh 
4.  Parut luka berwarna kehitam-hitaman 
5.  Rasa kebas di tangan atau kaki 
6.  Tekanan darah tinggi mula hadir 
7. Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)

Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan diatas, segeralah lakukan pemeriksaan doktor untuk khidmat nasihat dan rawatan. Mencegah lebih baik dari mengubati! 


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post