"Ummi Tak Kuat Chaq" – Hilang Anak Harapan, Ibu Mangsa Rempuhan Bas Redha


Siapa sangka anak yang selalu membantu dan menjadi harapan keluarga pergi meninggalkan ibu bapa dan keluarga untuk selamanya secara tiba-tiba akibat daripada kecuaian orang lain.

Mangsa kemalangan melibatkan bas di Bayan Lepas semalam, Muhammad Saifullah Muhammad Hafeiz, 16 adalah anak sulung kepada pasangan Siti Hajar Ghazali,38 dan Mohammad Hafeiz Mubara, 44 telah dilanggar oleh pemandu bas semasa memberhentikan motosikal di lampu isyarat.

Dia tak salam masa keluar rumah macam biasa

Muhammad Saifullah bekerja secara sambilan sebagai penghantar pizza sejak Mei lalu disifatkan sebagai seorang anak yang berdikari dan tidak pernah menyusahkan keluarga kerana gemar mencari duit sendiri jika mahukan sesuatu.

Menurut Sit Hajar, anak sulungnya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kemalangan namun telah keluar rumah untuk ke tempat kerja tanpa bersalam dengan ibunya seperti selalu.


“Saya pelik sebab selalunya dia kalau hendak keluar, pasti akan salam saya dulu tetapi semalam dia keluar begitu sahaja tanpa memaklumkan apa-apa.”



Tunggu ummi abah ya nak…

Siti Hajar turut telah meluahkan rasa hibanya di Facebook dengan mencoretkan perasaannya yang kehilangan anak sulung secara tiba-tiba.

Dia menyatakan bahawa arwah adalah sebahagian nyawanya yang tidak pernah jemu membantu keluarga walaupun dalam apa keadaan sekalipun.

Namun, wanita itu mengakui redha dengan ketentuan Allah S.W.T dan bersyukur diberi pinjam anak sebaik itu untuk 16 tahun ini.



Selamat dikebumikan


Jenazah allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Mustaghfirin di Sungai Tiram, Bayan Lepas pada jam 11 pagi tadi.

Sebelum ini, sebuah bas telah dipandu laju dan terbabas mengakibatkan ia melanggar seorang penghantar pizza hingga mati di Bayan Lepas. Pemandu bas tersebut sudahpun direman dan disahkan tiada lesen memandu yang sah serta positif dadah ketika kejadian.

Sumber : A’ina Cookies, Harian Metro via https://ift.tt/2FBm52p


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post