Bapa Maut Kemalangan, Anak Lelaki Usia 14 Tahun Tenang Imamkan Solat Jenazah


Seorang pemandu lori ais, Abdul Rani Abdullah, maut selepas kenderaan yang dinaikinya melanggar tembok Tol Lunas Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dari Kubang Semang menghala ke Lunas, Kulim, Isnin lalu.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan maut di tempat kejadian.

Anak lelaki arwah, Mohd Danish, 14, mengimamkan sendiri solat jenazah ayahnya sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas.


Difahamkan, Mohd Danish, kini sedang belajar di Sekolah Islam Tahfiz Sains Darul Mumtaz, Padang Serai dan sudah menghafaz 13 juzuk Al-Quran.

Walaupun bapanya tidak sempat untuk melihat adik Mohd Danish bergelar seorang hafiz, diharapkan dia terus bersemangat dan tabah untuk meneruskan kehidupan selepas ini.




Semoga ahli keluarga Allahyarham Abdul Rani Abdullah menerima kehilangan ini dengan hati yang redha dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman.

  
Sumber: Masjid Abdullah Fahim SPU via https://ift.tt/2TP95R3


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post