Main Banjir, Budak 4 Tahun Alami Pendarahan Teruk Lintah Masuk Dalam Kemaluan


Seorang ibu berdepan detik cemas apabila anaknya mengalami pendarahan teruk akibat gigitan lintah.

Siti Hariaty Bee Ismail, 36, mendakwa hanya menyedari keadaan anaknya itu selepas ternampak kesan darah pada seluar Nur Adriana Bee Zulkarnain, 4.

Katanya, lintah dipercayai masuk ke dalam kemaluan mangsa ketika bermain banjir di rumahnya di Kampung Gual Sitok, Rantau Panjang.

“Doktor kata kalau saya terlambat, anak saya mungkin mengalami pendarahan yang teruk dan boleh membawa maut.

“Pada mulanya saya sangka ia hanya luka biasa namun selepas diperiksa, saya terkejut apabila melihat darah keluar dengan banyak (pada kemaluan) dan mula mengesyaki lintah masuk di bahagian itu.

“Apa yang saya pelik dia langsung tidak menangis dan tidak berasa sakit,” katanya kepada Berita Harian.


Mengimbas kejadian, Siti Hariaty berkata anaknya kelihatan pucat sejak dua hari lalu mungkin kerana kehilangan banyak darah.

Ibu tiga anak itu mengesyaki lintah masuk ketika anaknya bermain banjir berhampiran rumah pada Ahad lalu.

Kanak-kanak itu kemudian dihantar ke klinik berhampiran dengan bantuan bomba yang dihubungi jirannya kerana rumah mereka sudah terperangkap dengan banjir.

Pihak klinik berkenaan bagaimanapun mengarahkan mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan segera.

Pemeriksaan di hospital mendapati terdapat kesan gigitan di bahagian dalam punggung kanak-kanak itu.

Siti Hariaty bersyukur anaknya selamat dan dibenarkan pulang jam 2 petang semalam. 

Sumber: CARI forum


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post