Dr Maszlee Umum Peletakan Jawatan Petang Ini


PUTRAJAYA: Dr Maszlee Malik dijangka akan mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai menteri pendidikan petang ini menurut laporan Malay Mail.

Malay Mail memetik sumber yang mendakwa Maszlee telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir tengah hari tadi.

Sidang akhbar dijadualkan akan diadakan pada jam 4.30pm ini di Kementerian Pendidikan dekat Putrajaya.

Maszlee, mantan pensyarah dilantik sebagai menteri pendidikan pada 21 May selepas pengumuman Dr Mahathir melantik dirinya sebagai menteri pendidikan mendapat tentangan pelbagai pihak.


Maszlee juga merupakan ahli parlimen Simpang Renggam dan ahli majlis tertinggi Bersatu.


Beliau dikritik oleh pebagai pihak dalam pelbagai isu sejak menjawat jawatan menteri pendidikan di antaranya mengenai UEC, pengajaran Jawi di sekolah vernakular dan yang terkini mengenai soalan kontroversi di satu universiti yang menyentuh isu sensitif

Sumber: Buletin TTKM


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post