”Saya berharap anak-anak akan terus cemerlang dan berjaya supaya mereka mendapat kehidupan yang lebih baik. Itu sahaja harapan saya sebagai ibu selain membuktikan kepada orang ramai bahawa anak pemungut sampah juga mampu berjaya,”
Itu luahan seorang ibu tunggal yang berbasikal sejauh 20 kilometer (km) setiap hari mencari barangan terbuang bagi menyara tiga anak sejak lebih 15 tahun lalu.
Rahimah Dollah, 54, tidak mengenal erti lelah mencari botol, kotak dan kertas terbuang di sekitar jalan serta tempat pembuangan sampah.
Namun, usahanya itu berbaloi apabila dua anaknya berusia 18 dan 24 tahun kini menjejakkan kaki ke menara gading manakala anak bongsu, Zainal Asyraf Che Hassan, 15, mendapat keputusan cemerlang 8A dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) baru-baru ini.
Dia yang kem4tian suami, Che Hassan Mohammed pada 2010 akibat knser tulang menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga selain memastikan ketiga-tiga anaknya berjaya biarpun menjalani hidup dengan serba kekurangan.
” Selagi masih berdaya untuk keluar mencari rezeki, saya tidak menghiraukan kata-kata orang sekeliling yang mempersoalkan rezeki saya daripada sampah dan barang buangan.
” Boleh dikatakan setiap hari saya mengayuh basikal usang pemberian jiran untuk mencari rezeki. Biasanya barangan yang saya kutip ini dikumpul dan dijual dengan harga 20 sen sehingga 50 sen sekilogram.
” Setiap tiga minggu sekali saya menjual barangan ini dan memperoleh RM100 sehingga RM120. Wang yang saya dapat ini digunakan untuk membayar hutang dan memberi wang saku kepada anak bongsu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Chenok, semalam.
Rahimah berkata, ada masanya dia meredah hujan dan panas terik namun memikirkan nasibnya yang perlu berusaha keras demi sesuap nasi, ia bagaikan memberi kekuatan untuk terus bertahan dan kuat.
Katanya, dia bersyukur kerana dua anaknya yang melanjutkan pelajaran di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kulim dan Kolej Mara Kuala Nerang di Kedah mendapat pinjaman pelajaran sekali gus dapat mengurangkan bebannya.
Dia yang juga menghidap drah tinggi dan gastrik berkata, ketiga-tiga anaknya jarang sekali diberi wang saku untuk ke sekolah tetapi sentiasa memastikan makanan tersedia di rumah untuk dijamu.
Rahimah sekeluarga berteduh didalam sebuah rumah usang ,yang mana setiap tahun rumah ini ditengelami banjir. Kemurahan hati saudara arwh suami, membenarkan mereka sekeluarga tinggal dirumah ini tanpa dikenakan sewa.
Gambar (kiri) keputusan PT3 anak bongsu Rahimah
” Anak bongsu saya yang masih bersekolah sudah mengerti kepayahan hidup kami malah dia tidak pernah merungut. Jika ada masa terluang dia turut sama membantu saya mencari botol dan kotak terbuang sekitar pekan Rantau Panjang sehingga ke Pekan Golok dengan hanya berbasikal.
” Harapan saya sebagai ibu semoga anak terus cemerlang selain membuktikan kepada orang ramai bahawa anak pemungut sampah juga mampu berjaya,” katanya yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100 sebulan.
Rahimah turut berkongsi rasa gembira apabila anak keduanya Siti Zaitun Che Hassan, 18, yang mengikuti Asasi Sains di Kolej Mara Kuala Nerang mendapat keputusan 4.0 dalam ujian semester pertama.
Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi anak sulung Rahimah, Zainal Abidin Che Hassan di nombor 018-9727681.
Sumber : hmetro dan FB Raja Shamri
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget