Seperti diketahui pada pembentangan Belanjawan 2020 yang lalu kerajaan mengumumkan mengenai pemberian RM30 ke dalam dompet digital atau lebih dikenali dengan e-wallet buat Rakyat Malaysia.
Nampaknya, rakyat Malaysia yang layak boleh menuntut wang RM30 itu daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch ‘n Go, mulai 8.00 pagi esok (15 Januari 2020).
Untuk pengetahuan anda, insentif tersebut khusus untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan tahunan kurang daripada RM100,000.
Mereka yang layak diberi tempoh untuk memohon wang percuma itu sebelum 9 Mac 2020 untuk memastikan proses pengesahan dan pemberian wang dapat dibuat dalam masa selewat-lewatnya tempoh lima hari bekerja.
Bagi memastikan inisiatif itu akan mempercepatkan proses digitalisasi, wang RM30 itu perlu dibelanjakan oleh penerima bermula 15 Januari sehingga 14 Mac 2020 sahaja.
Sumber: https://ift.tt/2EeNwN9
Sumber: https://ift.tt/2EeNwN9
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget