"Kalau Tak Gugurkan, Aku Rembat Kau" – Lelaki Ugut Kekasih Suruh Gugurkan Anak Luar Nikah, Tapi Bagi RM350 Je?


Baru-baru ni, seorang pengguna Twitter, Lissa telah memuatnaik gambar seorang lelaki dan mengatakan yang lelaki ini dah buat kawannya mengandung, tapi tak nak bertanggungjawab dengan perbuatannya.

Menurut Lissa, perangai sebenar lelaki ini hanya terbongkar selepas mereka terlanjur. Dikatakan, lelaki ini kantoi curang dengan perempuan lain tapi belum sempat kawannya nak tinggalkan lelaki ni, gadis tersebut tak period dua bulan berturut-turut.



Tapi, bila kawan Lissa bagitahu lelaki tersebut yang dia mengandung dua minggu sebelum lelaki ni nak fly ke Mekah untuk buat umrah dengan maknya yang juga merupakan seorang mutawwif. Ini jawapan lelaki tu…


Kerana lelaki ni tak nak bertanggungjawab dan mengugut nak pijak, tendang dan sepak perut kekasihnya supaya bayi dalam kandungan gugur, Lissa terpaksa menceritakan hal ini kepada ibu lelaki tersebut.


Ungkit dah bagi RM350 untuk gugurkan baby

Lepas ibunya dapat tahu, lelaki ini telah serang bekas kekasihnya dan ungkit tak nak halalkan duit RM350 yang dia bagi untuk gugurkan bayi dalam kandungan tu.


 “Mutawwif baru balik umrah offer kawan i gugurkan baby siap kata sanggup tanggung semua cost”


“Sekarang kawan i still jaga baby tu and anak beranak tunggang agama tu dah block kitorg”


Amboi, senang betul jadi lelaki eh, rasa nak lepas tangan je block nombor, settle. Bagi duit RM350 tu nak buat apa? Harapnya, kawan Lissa ni terus kuat dan moga di masa akan datang lelaki ni dapat balasan yang sepatutnya.

Sumber: Lobakmerah.com


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post