Tular di media sosial apabila satu rakaman video yang menggemparkan memaparkan keadaan paru-paru berwarna hitam seperti tar. Ia milik seorang lelaki berusia 52 tahun yang merupakan perokok tegar selama 30 tahun.
Video viral itu ditonton lebih 25 juta kali, pegawai perubatan yang bertugas telah mengeluarkan organ-organ daripada pesakit yang telah mati otak apabila dia meninggal oragan dalamanya diderma pada yang memerlukan.
Namun, paru-paru tersebut tidak berwarna merah jambu seperti paru-paru sihat malah warnya hitam pekat disebabkan pengumpulan sisa tembakau lebih dari 30 tahun.
Rakaman klip video itu yang disifatkan sebagai iklan anti merokok paling tbaik dalam kalangan pengguna media sosial bagi mewujudkan kesedaran bahaya merokok.
Doktor Chen Jingyu serta pasukan operasi transplannya telah membuat pemeriksaan paru-paru di Hospital Rakyat Wuxi di Jiangsu, China.
Dr Chen juga merupakan seorang pakar bedah transplan paru-paru menjelaskan penderma tersebut telah disahkan sebagai mati otak dan meminta organnya didermakan.
Tetapi malangnya apabila pegawai perubatan yang bertugas telah menyedari bahawa paru-paru tersebut tidak dapat didermakan seperti yang diminta.
Pesakit dalam senarai menunggu tidak dapat menerima organ tersebut kerana jelas sekali organ tersebut tidak dapat digunakan lagi kerana tabiat merokok selama tiga dekad yang telah memusnahkan oragan itu.
Seram pula rasanya bila tengok klip video dan gambar keadaan paru-paru seorang perokok tegar. Ingatlah wahai perokok tegar anda dengan sengaja merosakan diri sendiri malah merosakan orang yang lain juga.
Diharap dengan tularnya berita seperti ini dapat memberi keinsafan kepada semua perokok tegar agar berhenti merokok dan ingatlah nyawa-nyawa orang yang tersayang disekeliling anda.
Mereka berhak menghirup udara segar tanpa sebarang pencemaran. Dalam islam juga melarang umatnya melakukan perbuatan seperti ini.
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget