Satu gambar makanan yang dipercayai disumbatkan dengan paku dan ditaburkan di kawasan perumahan serta tempat letak kereta telah menjadi tular di media sosial.
Makanan yang disumbatkan dengan paku itu didakwa sengaja dibuat oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
Ianya dipercayai sengaja dibuat sedemikian untuk menyakitkan anjing serta kucing jalanan yang sedang kelaparan mencari makanan.
Bukan setakat memudaratkan anjing atau kucing jalanan sekiranya dimakan. Malah ia juga mungkin boleh mengundang masalah lain khususnya kepada pengguna jalan raya.
Ini kerana, sekiranya apa jua jenis kenderaan melanggar makanan ini, ianya pasti akan menimbulkan masalah seperti tayar pancit dan sebagainya.
Oleh itu, orang ramai yang menjumpai makanan-makanan bertaburan di kawasan rumah anda dinasihatkan supaya memeriksa dan membuangnya sekiranya mengandungi paku bagi melindungi haiwan jalanan yang tidak berdosa ini serta pengguna jalan raya.
Sumber: Kelab Pencinta Kucing Malaysia via Siakapkeli.my
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget