Baru sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri Finland yang baru, Sanna Marin berhasrat untuk memperkenalkan waktu kerja fleksibel untuk meningkatkan produktiviti rakyat negara itu.
Cadangan yang diusulkan oleh beliau adalah untuk menukar waktu kerja selama empat hari dan enam jam waktu bekerja dalam satu hari.
Ujarnya lagi, dasar itu adalah untuk memberi peluang kepada rakyatnya untuk mempunyai lebih masa dengan keluarga.
Itu bukanlah perkara baru yang pernah diusulkan olehnya, semasa beliau berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan Finland lagi beliau sudah mengusulkan agar waktu kerja dipendekkan dan rancangannya itu kini disambut baik oleh Menteri Pendidikan negara itu.
Buat masa ini, warga Finland bekerja 5 hari seminggu dan 8 jam sehari. Untuk pengetahuan anda ,sistem kerja enam jam sehari sudah mula diperkenalkan di Sweden dan ia memberikan kesan positif dimana pekerja lebih gembira dan meningkatkan produktif.
Sumber: Vitdaily
Sumber: Vitdaily
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget