Kurang dua minggu lagi, masyarakat masyarakat berketurunan Cina di Malaysia akan menyambut Tahun Baru Cina. Seperti tahun-tahun sebelum ini, kebanyakkan mereka akan menyambutnnya bersama ahli keluarga dah sahabat handai.
Selain tarian naga, limau mandarin juga cukup sinonim dengan perayaan terbesar masyarakat Cina ini. Buah limau mandarin yang berwarna kuning melambangkan panjang umur.
Bagi masyarakat Muslim, mereka selalunya membeli limau mandarin untuk dijadikan hadiah kepada saudara-mara atau sahabat berketurunan Cina
Namun, baru-baru ini timbul dakwaan yang mengatakan buah yang kaya dengan asid folik itu tidak mendapat sambutan pembeli pada tahun ini.
Menerusi group Facebook, seorang netizen berkongsi gambar puluhan kotak limau mandarin di sebuah pasar raya di Meru, Perak gagal dijual berkemungkinan diboikot pembeli Islam.
Gambar itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyokong usaha tersebut.
Sumber: https://ift.tt/2TP95R3
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget