"Rambut Panjang Tak Bererti Kurang Ajar, Bertudung Tak Bererti Suci"


Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai penampilan anak kepada pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, iaitu Ahmad Fakhruddin Attar.

Ada yang mengecam imej anaknya itu serta menghina anak pasangan tersebut seperti pengemis.

Perkara itu mendapat perhatian pelakon dan pengarah Michael Ang yang menempelak sikap netizen yang mengkritik dan memberikan komen kurang sopan terhadap anak pasangan selebriti itu.


“Berambut panjang tak bererti kurang ajar, bertudung tak bererti suci dari segala dosa, berpakaian ala kadar tak bererti tak menghormat orang, yang bersolat lima kali sehari tak bererti tak ada dosa!


Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat pengarah tersebut. Michael turut meminta netizen agar menjaga adab ketika menulis di laman sosial serta berfikir terlebih dahulu sebelum melemparkan komen.

Terdahulu,  Aeril berkongsi komen-komen kurang sopan netizen yang dilemparkan terhadap fotonya menghantar anak kesekolah. Aeril mengatakan niatnya memuat naik fotonya bersama anak-anak hanya untuk gambar kenangan namun lain yang jadi.

Sumber: Rotikaya.com


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post