Menjelang Tahun Baru Cina yang akan diraikan tidak lama lagi, Majlis Perwakilan Rakyat Zon Lembah Pantai dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menganjurkan sebuah bengkel seni kaligrafi Cina semalam.
4 Jan 2020: YB @fahmi_fadzil di Bengkel Penulisan Seni Kaligrafi Tahun Baru Cina di Bangsar. Bengkel ini adalah anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Zon Lembah Pantai Subzon 2 dengan kerjasama @OmbakKitchen dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai.#LembahPantaiDiHatiku pic.twitter.com/nsI4Pz8n16— Pejabat YB Fahmi Fadzil (@LembahPantai121) January 4, 2020
Salah seorang peserta Shoba Veera berkata, mempelajari seni itu dapat mengenali budaya dan warisan masyarakat Cina sekaligus merapatkan jurang perbezaan antara kaum dan menyatupadukan rakyat Malaysia.
Kenyataan tersebut menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen setelah pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular menerima bantahan hebat daripada beberapa pihak.
Menerusi laman Twitter, rata-rata mempersoalkan bagaimana kaligrafi Cina boleh dianggap memupuk perpaduan, manakala tulisan Jawi pula dikatakan tulisan kuno selain menjadi isu perkauman dan menganggu keharmonian pelbagai kaum.
Jawi pecah belah kaum
Kaligrafi Cina pupuk perpaduan
Negara apa aku duduk ni
YB khianat maruah bangsa sendiri
Belajar Jawi katanya sampah
Apa nak jadi Malaysia Baru?
Anti-Jawi gembira la pasal ni
Terdahulu, kabinet mahu pembelajaran tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Melayu diperkenalkan bagi murid Tahun 4 di sekolah vernakular mulai tahun ini.
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget