Tun M Pelik Ada Orang Sanggup Cium Tangan Pencuri


LANGKAWI: Gabungan Pakatan Harapan (PH) tidak akan sesekali kembali untuk membantu dalam membersihkan pentadbiran kerajaan seperti yang berlaku ketika ini sekiranya rakyat Malaysia mahu kembali menyokong parti lama.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sikap sesetengah pihak yang masih menyokong individu pemimpin yang 'mencuri' wang rakyat membuatkan beliau tidak faham kecenderungan itu.

Apa yang membuatkan beliau tidak faham juga ialah,  terdapat beberapa pemimpin kerajaan terdahulu yang masih berhadapan dengan kes perbicaraan di mahkamah atas pelbagai salah laku.

"Kita (sekarang ini) sampai ke tahap yang mana orang cium tangan pencuri (dan) panggil (individu tersebut) bossku.


"Jadi bossku curi duit (pun) tak apa, okey (sahaja) Saya tak tahu macamana org boleh terpengaruh dengan orang yang facing trial for cheating dan stealing.

"Kalau dia nak orang ini balik okeylah. PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) ambillah... pilih balik (mereka).

"Lepas itu jangan harap PH nak ambil semula nak betulkan semula. If voters feeling that crook should run this country because crook give you so lot of money well go ahead. But from PH no way, we want to give money," tegas Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan Projek Demonstrasi 5G di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, di sini pada Isnin.

Sumber: Astro Awani


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post