Hak-Hak Isteri Selepas Bercerai Mati, Ramai Yang Tak Tahu


Hak-hak isteri selepas bercerai mati...

Posting ini adalah mengenai hak-hak yang boleh dituntut oleh seorang isteri di Mahkamah selepas kematian suami...dibawah adalah hak seorang isteri jika bercerai mati :

1. Tempat tinggal.

Sepanjang tempoh eddahnya, tempat tinggal seorang isteri yg kematian suami adalah dirumah yg didiami bersama suaminya ketika suaminya masih hidup. Tempoh eddahnya ialah selama 4 bulan 10 hari.

2. Harta sepencarian.

Tuntutan harta sepencarian hendaklah dilakukan sebelum pembahagian faraid bermula. Mahkamah akan menilai kadar harta sepencarian yg layak diperolehi menerusi sumbangan langsung ataupun sumbangan tidak langsung si isteri ketika bersama suami.


3. Tunggakan Nafkah.

Tunggakan nafkah juga disebut hutang dlm perkahwinan. Sekiranya terdapat hutang dlm perkahwinan terhadap si isteri, maka si isteri boleh tuntut sebelum pembahagian faraid bermula.

4. Bahagian dlm Faraid.

Selepas balu arwah menuntut harta sepencarian dan tunggakan nafkah, dia juga ada bahagian dlm pembahagian faraid. Bahagian isteri yg kematian suami dlm harta pusaka suami ialah sebanyak 1/8, bersamaan 12.5%.

5. Tanggungjawab terhadap anak.

Wali sebelah keluarga lelaki yg bertanggungjawab terhadap anak peninggalan arwah. Wali yg mendapat bahagian dalam faraid perlu menanggung kebajikan dan pendidikan anak2 si arwah. Sama ada ianya datuk kepada anak2 tersebut ataupun pakcik2 mereka jika datuknya telah tiada.

Semoga bermanfaat...



sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post