Suami Kalau Nak Murah Rezeki Tunaikan Kemahuan Isteri Dan Anak-anak. Rezeki Datang Mencurah-curah

Gambar Sekadar Hiasan
Pesanan buat para suami, janganlah terlalu berkira dengan anak-anak dan isteri. Selagi boleh, berusahalah cuba tunaikan apa yang diinginkan. 

Baik keperluan mahupun kehendak selagi mana dalam batas kemampuan diri. Ini kerana percayalah balasannya berlipat kali ganda dari nilai yang dikeluarkan. Jemput fahamkan dan renungkan perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini;

Abah selalu cakap, “Nak makan apapun, beli..teringin apapun, beli…duit boleh cari…” Sampai ke hari ini, bila dah berkahwin pun saya masih guna pakai ayat ni.Saya pesan kat isteri, kalau ada benda yang dia teringin, yang dia nak, bagitau ja kat saya, saya akan usahakan untuk beli. 

Tak kisahlah samada ianya makanan, barangan, pakaian ataupun kelengkapan-kelengkapan lain.


Kalau tak beli bulan ni, bulan depan. Kalau tak bulan depan, bulan satu lagi. Apa yang kita akan dapat sekiranya kita berkira dgn anak isteri sendiri? Duit kita semakin bertambah? Kita semakin kaya? Sama ja pun..duit habis macam tu jugak. Lagi teruk, tak nampak apa-apa hasil tapi duit dah habis.

Isteri nak beli pencuci muka, kita kata tak payah, tapi kita beli rokok, tak pe pulak? Isteri nak beli baju baru, kita kata pakai ja baju mana yang ada, tapi kita tukar sport rim kereta, tak pe pulak? 

Isteri nak beli kasut, beg tangan, tudung baru, kita suruh pakai yang lama, tapi kita beli yang baru-baru untuk diri sendiri, boleh pulak? Suami jenis yang macam mana kita ni.

Tumpang Rezeki Anak Isteri

Jangan terlalu berkira dengan anak isteri. Apa yang kita dapat pada hari ini sangat berkait rapat dengan mereka. Boleh jadi kita ni yang menumpang rezeki anak isteri kita sendiri ataupun kita dimurahkan rezeki hasil doa tanpa henti dari anak isteri. 

Nak percaya atau tak, terserahlah…Dapat tengok anak isteri tersenyum gembira setiap hari itu lebih bermakna daripada ada duit banyak, tapi dengan anak isteri sendiri pun BERKIRA..

Kredit: Firdaus Shakirin


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post