Khasiat Terung Ungu Bakar Mampu Turunkan Kolesterol Dan Mengawal Tekanan Darah Tinggi


Tahukah Anda Bahawa Terung Ungu Bakar Mampu Mengubati dan Mencegah Berbagai Macam Penyakit

Terung merupakan sejenis sayur buah yang banyak terdapat di negara kita. Kalau kita ke pasar pasti dengan mudah kita boleh mendapatkan terung. Harganya yang berpatutan menjadikan terung salah satu makanan yang digemari . Namun kurang mengambil tahu kandungan dan khasiat terung menjadikan sayuran ini mulai tersisih dari makanan harian kita.

Terung boleh dimasak dengan pelbagai resepi mengikut citarasa masing-masing. Namun tahukah anda bahawa terung ungu bakar mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan manusia.

Terung ungu punya kandungan nutrisi luar biasa. Di dalam terung mengandung kalsium, mineral, kaya serat, bioflavonoid serta vitamin K.

Kita mungkin sudah sering mengambil sayuran ini tanpa mengetahui begitu besarnya khasiat sayuran terung tersebut. Mulailah mencintai sayuran tersebut, kerana kami akan mengulas banyak manfaat sayuran yang satu ini.


Jadi, apa saja manfaat terung bagi kesihatan tubuh? Berikut ini 7 manfaat luar biasa terung bagi kesihatan tubuh :

1) Makanan Otak.

Kandungan nutrisi phyto pada terung merupakan salah satu nutrisi yang sangat di perlukan oleh organ otak. Jadi, bagi anda yang bingung untuk memilih jenis makanan yang mampu menutrisi otak, maka terung akan menjadi salah satu solusinya.

2) Pencernaan Yang Lebih Baik.

Kandungan serat yang tinggi dalam terung dapat membantu menyehatkan saluran pencernaan serta menghindarkan kanser yang boleh menyerang usus besar anda.

3) Pencegah Diabetes.

Ini disebabkan, terung merupakan sumber serat dan rendah karbohidrat larut yang sangat baik untuk mencegah penyakit diabetes.

4) Makanan Untuk Jantung.

Ini dsebabkan, Terung dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang berisiko membahayakan organ jantung tersebut.

5) Pengawal Tekanan Darah Tinggi.

Kandungan bioflavonoid berperan besar dalam membantu menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh mengancam kualiti kesihatan tubuh anda.

6) Tulang Yang Lebih Sihat Dan Kuat.

Kandungan kalsium dalam terung dapat memperkuat dan mempertahankan kekuatan sendi dan tulang.

7) Pencegah Anemia.

Kandungan zat besi dalam terung akan membantu mencegah anemia atau kurang darah yang mungkin diderita oleh sebahagian orang.

Demikianlah khasiat yang terdapat pada terung ungu bakar. Kepada sesiapa yang jarang makan terung, bolehlah rajin-rajinkan untuk mengambil terung sebagai hidangan harian


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post