Kucing Dan Anjing Dicampak Dari Flat Akibat Percaya Berita Palsu Haiwan Itu Sebar Koronavirus


Pemilik haiwan peliharaan yang panik dilaporkan melemparkan kucing dan anjing keluar dari kediaman mereka berikutan dakwaan palsu yang mengatakan bahawa koronavirus boleh tersebar kepada haiwan.

Gambar-gambar yang mengerikan menunjukkan bangkai-bangkai haiwan tersebut terbaring di jalan raya dengan berlumuran darah di jalan raya setelah dilemparkan dari atas.

Seekor anjing ditemui mati selepas dipercayai dibuang dari satu blok flat di Bandar Raya Tianjin  di Wilayah Hubei yang merupakan pusat wabak Wuhan.

Media tempatan melaporkan anjing itu dibuang pada pukul 4 pagi dari tingkat atas dan terjatuh di atas kereta sebelum terbaring kaku di tanah.


Laporan menyatakan bunyi bising atau dentuman daripada anjing tersebut mengejutkan warga tempatan daripada tidur kerana ia kedengaran seperti letupan tayar.

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku apabila seorang doktor berkata di dalam sebuah rancangan TV bahawa jika haiwan peliharaan ‘berhubung’ dengan pesakit yang disyaki koronavirus, mereka perlu dikuarantin.


Pun begitu, media tempatan menyalah tafsir kenyataan beliau dan berkata bahawa kucing dan anjing boleh menyebarkan koronavirus sehingga memberi ketakutan kepada orang ramai.

Bagi menghentikan penyebaran dakwaan palsu itu, Rangkaian Televisyen Global China memaparkan petikan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


“Tiada bukti yang menunjukkan bahawa haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing boleh menyebabkan koronavirus,” kata WHO pada rabu lalu.

Sumber: The Sun via Siakapkeli.my


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post